Thursday, March 03, 2011

PINK PANTHER LOAF

belum masuk oven lagi, roti dah naik, selepas solat isya' nanti bakar...

Agak lama tak meroti....entah apa firasat buat je nak kalerkan dengan pink....the 2 boys tanya, 'kenapa warna pink..? takde jawapan yang wajar sebenarnya, tapi mungkin terpengaruh bila blog walking tu ada yang buat bun dengan mewarna2kan roti mereka..tu le agaknya.

Dah sejuk sikit potong nak tengok hasilnya tapi agak mengecewakan kerana sapuan jem strawberi tak tebal...nampak tipis jemnya, tidak seperti yang diharapakan..

Lembut dan gebu...suam2 terus potong, tak sabar nunggu sejuk...

baru keluar dari oven, panasssss...

dari tepi......berposing jugak kau roti!


RESIPI

350 g tepung gandum (saya guna tepung biasa je)
50 g gula halus
3 s.b sour cream
1 cwn susu kotak (saya panaskan dan biar suam)
70 g susu tepung
1/2 s.b yis segera
1/2 s.t garam
2 s.b mentega, dilembutkan

( saya tidak masukan telur, bread softener/dough improver)

Saya larutkan yis di dalm susu suam dan tambah 1 s.t gula, biarkan....Semua bahan2 kering saya gaul rata....Selepas tu tuangkan sour cream, gaul rata....Kemudian tuangkan larutan yis dan gaul rata dan masukan mentega.... Saya gaul rata hingga menjadi doh tidak melekat jari dan uli sehingga sedia untuk proses proofing...tumbuk...uli lagi....bentuk dan proofing lagi dan bakar.

2 comments:

  1. wah cantikla roti ni ma'chiks...saya suka bubuh colour cam ni kalau pink bubuh strawberry emulco memang sedap...:)

    ReplyDelete
  2. ha ah nieza, ni mengaler roti dapat ilham dari nieza lah dan beberapa lgi blogger lain..

    ReplyDelete