Baru balik dari Penang setelah beberapa hari di sana. Agenda tengokkan rumah setelah selesai buat sedikit ubahsuaian. Kalau dah di Penang tu aktiviti makan tak boleh nak miss sajian kandaq...walau sekali mesti nak pekena juga nasi ni.
Posting kali ni tidaklah nak mencerita pasai nasi kandaq ni..tapi mengenai kewujudan outletnya...menurut huby outlet kandaq ni 7/24 dah ada masa dia student lagi di U Penang..tak ada yang berubah dari fizikalnya iaitu gerai beroda tiga, lauk pauknya. Yang mungkin berubah adalah harga dan penjual iaitu mungkin bertukar generasi iaitu ayah kepada anak-anak..Setiap kali kunjungan tak penah tak berque, walau pun panjang Q nya takde lama cam menunggu ubat di farmasi hospital kerajaan, takde nya...
Berbalik pada cerita, dari huby masih student pastu keje adalah kot 29 tahun ...dan gerai Shariff Nasi Kandar tu camtu lah jugak, takde cawangan2 perkembang outletnya..takde. Pelanggan2 nya sudah tentu 1Malaysia sentiasa setia dengan kunjungan...pelanggan yang tak tapau makan di kerusi meja yang diatur di kaki lima premis kedai dan bank berdepan outlet....tapi yang memilih meja tepi longkang perlu berhati2, bimbang kaki kerusi tercungit...oleh kerana outletnya tiada bangunan khusus sinki mobile disediakan untuk membasuh tangan....order minuman? di gerai sebelah juga beroda tiga memang pelengkap, dapat order pun cepat...
Lokasi: Gelugor
Bulan puasa lorong ni bertukar menjadi pasar ramadhan...dan gerai nasi kandaq tu tetap jua menjadi tumpuan.
No comments:
Post a Comment