Tuesday, March 08, 2011

ROTI ARAB....ROTI ARABIN

Pilih oven baked...tak mo goreng minyak...lupa nak bilang berapa biji dapat.

lembut....

Mam and si adik make sengoti. Mam kata, 'mak gulai sedap!...jawab mak, 'jenuh blajaq dengan arwah mak aji.'...sebelum kenai mak aji gulai mak cam cam rasa.


Roti Arab bersama gulai kentang dan karot, dalam gulai tu adalah sikit isi ayam dan koktel sosej ayam. (pagi tadi baru ke pasar top up lauk pauk setelah rasa ada 'kerajinan' nak keluar).

Kelmarin rasa nak makan sesuatu yang lain untuk makan tengahari...hari hari makan nasi pause sat. Maka tercari2 resepi roti arab yang pernah disalin dalam satu buku latihan tapi malangnya lupa sumber resepinya...ye lah dah beberapa tahun menyalinnya, tambah dengan faktor 'ageing'...

Nama memang Roti Arab tetapi kerana saya masukan 1 C tepung atta maka saya rasa adil roti ni disebut roti arabin ( arab-in ).

Resepi
3 1/2 C tepung gandum (asal 500 g )
1 C tepung atta (asal resepi tiada)
1/2 Tbsp yis segera
2 Tbsp minyak zaiton (asal guna minyak masak)
1 Tbsp butter lembut (asal 2 Tbsp)
2 Tbsp gula
2 Tbsp sour cream (saya tambah, asal resepi tiada)
1 C air suam
garam

Cara
Bancuh minyak dan mentega, gula dalam air suam. Kacau larut. Kedua jenis tepung digaul rata, masukan garam dan gaul rata, masukan yis dan gaul rata....Tuang cecair sedikit demi sedikit dan gaul rata, uli sehingga licin dan kental, juga tidak melekat pada jari.Perap satu jam dalam bekas, tutup dengan cling wrap/towel lembap.
Tumbuk keluarkan angin, uli sebentar dan kemudian gelek nipis dengan rolling pin. Saya tekap menggunakan scones cutter, atur dalam baking tray dan tabur sedikit tepung di atas roti...saya tunggu doh naik sedikit lalu dibakar dalam oven hingga masak ><>

Dalam resepi asal doh dibahagi pada 18 biji, dibulat2kan dan dicanai leper. .....Panaskan minyak dan goreng satu satu hingga roti kembang sebelah baru terbalikkan sebelah lagi.

Maka kelmarin tu lunch dan dinner kami dengan Roti Arab cicah gulai lahhh...KK dan Abang jangan marah ye, masa hangpa ada kat rumah mak tak buat punn. Takpa angpa balik mai nanti mak buat lain, insyaAllah.


2 comments:

  1. assalam mo'chiks..akak minta izin ambik resepi ye..teringin pulak..nampak sedap..kena dengan kari ayam tu..

    ReplyDelete
  2. KErna, sila silakan...selamat mencuba, betul tak rugi mencuba.

    ReplyDelete