Asam pedas dory fillet
Bahan: bawang kecil, bawang putih, serai, lengkuas, halia, kunyit hidup, belacan > diblend. Cili kering kisar/cili boh, rempah serbuk ketumbar, jintan manis dan jintan putih. Kesemua bahan ditumis hingga pecah minyak. masuk air asam jawa dan air secukupnya. dah mendidih masukan ikan dan daun limau purut. seimbangkan rasa manis dan masin...pada kebiasaanya asam pedas kalau ada daun kesum, bunga kantan boleh dimasukan tetapi saya selalu takde bahan2 ni. Kebetulan ada bubuh je...

lauk pauk tak perlu banyak....berkuah, kering dan sayur atau ulaman...sambal sudah tentu kena ada or if not, budu lah..
Penemuan baru saya - sayur asam (dek terpengaruh menjak menjak ke Indon)....Bahan: air asam jawa, hirisan bawang besar dan didihkan air, pastu campakan sayur2 kegemaran. Seimbangkan rasa masin dan manis...janji sedap, mudah dan cepat.
Sebenarnya segan nak pamerkan lauk pauk masakan harian saya. Antara sebabnya, seperti dalam posting yang lalu pernah saya nyatakan bahawa saya tidak lah seorang yang suka meneroka hal-hal lauk pauk. Hari2 asyik masak lauk yang sama je, kalau tak bergulai, asam pedas, ikan singgang atau bertomyam...janji yang cepat dimasak je..untuk makan tengahari asal ada semata yang berkuah, ikan goreng atau bakar/ayam goreng, sayur mayur banyak kalanya kami suka ulam-ulaman yang bukan saja berkhasiat tapi saya tak perlu masak!
Kalau nak makan percik, sesekali rajin lah buat tetapi selalunya akan ke 'pakar percik'
atau beli ready-made dan masak je nasi..sesekali datang angin monsoon masak lah nasi ayam, nasi dagang, nasi beriani, nasi mandhi, nasi kuning bebagai...
Tapi HARI-HARI tu le pusingan menu yang cepat dimasak!> tanpa rasa bersalah langsung
Juga sebelum ahli rumah 'berdemo' kerana asyik masak singgang je kena lah berasam pedas, tambah si adik kalau ada lauk asam pedas je 'senyum memanjang', makan nasi bertambah dan gemar nasi banjir dengan kuah asam pedas. Bagi dia hari hari asam pedas pun takpe, tak jemu tak bosan. Ada kuah lebih simpan esok pecah telor dalam kuah pun orait bagi dia, janji asam pedas. Kuah boleh hirup lagi...

No comments:
Post a Comment