
Suatu Sabtu tak masak, juga 'malas' memasak kerana berada di luar urus bebagai hal maka sudah tentu kena lah makan tengahari di luar...so usul pada huby makan NASI AYAM AYAM KAMPUNG. Dalam fikiran tu bayangan
chicken rice guna ayam kampung. Dalam hati sangat lah gembira! Dah beberapa kali melalui jalan ni dan lihat papan tanda itu, lagi pula berurusan di kawasan sekitar...tiba masa masuk le kami dan order lah nasi ayam seperti yang diterjemah dan interperate dalam kotak fikiran...' Di sini tak ade nasi ayam, ada nasi biasa je lah..' sambil tunjuk lauk2 yang ada dan ayam kampung goreng oleh pelayan..kebil kebil lah kami....

milo beng, teh beng dan singa beng (limau nipis ais)...beng! beng! beng! mengambil masa jugak nak sesuaikan order 'ais' dan 'beng'...apa lagi limau nipis ais disebut 'singa'!

kerabu jantung pisang

kerabu pelbagai daun dan ulam ulaman

tak pasti apa ke bendanya....

ikan goreng

ikan kembong percik

ayam bandar goreng

ayam kampung goreng

lauk pauk dalam periuk besar

sayur lemak.....periuk belakang> tak pasti gulai apa.
Lokasi: berhampiran pasar borong Wakaf Che Yeh
Pilihan lauk pauk banyak....dalam pics. antara yang saya snap...dari segi harga tinggi sedikit berbanding kedai2 makan yang biasa saya kunjungi.
No comments:
Post a Comment