Tuesday, March 08, 2011

ALA PAELLA


Cetusan ilham dari rancangan 5 Rencah 5 Rasa TV3...namun bahan2nya tidaklah saya ikut tepat. Padan sesuai dengan bahan2 yang saya ada je...makanan laut seperti udang, kepah, sotong memang tak ada sebab 'no-no seafood in the house' sebab huby berpenyakit gout maka saya tidak membeli atau memasak makanan laut selain ikan.

Sayur yang ada hari tu cuma tinggal terung dan lobak merah. Isi ayam pun tiada, yang ada koktel sosej ayam. Ikan yang sesuai cuma dory fillet.

Beras brasmathi 2 pot saya cuci dan rendam. Potong dan mayang bawang besar, bawang kecil, bawang putih, halia secukupnya. Saya panaskan campuran minyak zaitun, minyak sapi dan minyak jagung. Saute'kan hirisan bebawang tadi bersama 1 sudu kecil serbuk cili. Sherson Liam, host rancangan kata kalau takde paprika boleh guna serbuk cili..o ye ke...begheh. (si adik suka guna word ni). Dah wangi bahan tumisan saya masukan koktel sosej dan pastu ketulan fish fillet, juga tuangkan susu secukupnya, garam dan gula secukupnya. Tak lupa daun pandan bagi mewangikan nasi.......

Tapi berasnya saya ikut memasak cara nasi beriyani...Saya rebus air, bila mendidih saya tuangkan beras dan biarkan 1-2 minit, kemudian angkat dan toskan. Setelah itu beras saya tuangkan ke dalam bahan tumisan tadi, kacau perlahan2 bagi ratakan rencah dan beras, atur sayur mayur pilihan di atas beras....tutup bekas masak dan masak dengan api yang sangat kecil...jenguk2 dan kacau supaya tidak berkerak...

I told my 1 + 2 lovely boys, there's no gravy to eat with the nasi...makan just like we eat nasi goreng...senang hati je mak dia cakap camtu (isteri dan mak mithali)...oleh kerana nasi ala-ala paella dimakan seperti makan nasi goreng saya goreng keropok ikan untuk dimakan bersama...tanya depa camna rasa, ok dak, sedap dak...depa jawab sedap, sedap, sedap! mudahan 'sedap' yang ikhlas.

2 comments:

  1. assalam ma'chiks....sedapnya tgk...mcm nasi beriyani yer...kena lak ngan keropok memang best ni..:)

    ReplyDelete
  2. salam, betul tu nieza nasi tu makan ngan kopok tambah sedapnya...

    ReplyDelete