Friday, March 04, 2011

TAK PASTI NAMA SEBENAR tapi sebutannya.....

SAGHE....sebutan E taling


Kuah tumis masam2 cuka ggitu dan sambal kelapa sebagai rencah dalam saghe (rumput laut)


Baru ni saya ke pasar runcit dan nampak 'saghe' terus je ambil sebungkus. harga saya dah lupa berapa tapi sekitar seringgit lebih je tak tau berapa sen lebihnya...ambik sebungkusnya sebab saya sorang je pemakannya....saya kenal makanan ni sejak 'J-V' hidup dengan huby...namun begitu saya tak pernah kisah nak tau nama yang sebetul (sebutan dalam bahasa Malaysia standard) tapi selama lamanya dia orang sebut 'saghe'. Cuma baru2 ni semasa makan saya berkata pada huby mungkin nama sebenar ialah Sarang tetapi oleh kerana dialek atau loghat maka mereka menyebut 'saghe'...sebabnya (teori saya konon) rupa rumput laut ni berjurai bersarang seperti sarang burung cuma sarang burung tu terbentuk..tapi huby, dalam tidak kepastiannya cuma mengata 'mungkin'....

Saghe memang sedap dimakan dengan nasi, jika seseorang gemar lah...boleh dibuat lauk gitu, ada pulak telur masin dan ikan goreng kira dah cukup lauknya... dan saya rasa jika dimakan bersama nasi kerabu saya rasa memang lengkaplah....saya mengidam saghe semasa mengandungkan anak kedua, si abang...balik Kelantan semata2 nak makan saghe ni ketika itu...

saghe...saghe


No comments:

Post a Comment