Showing posts with label ramblings. Show all posts
Showing posts with label ramblings. Show all posts

Saturday, October 13, 2012

KEMBALI LAGI

Ya, m still around. Nak kata seperti choc-fudge pun tak boleh sebab 'kejap ada lama tak ada'..bukan kejap ada kejap tak ada. Bulan posa pun dah lama berlalu, gitu juga syawal...eid adha dh nak muncul lagi... Ok kita put blame on lappy yang diguna selama ini 'dah nazak'..tak tahu apa jadi dengan photo2 masakan dan makanan yang berlambak juga kuantitinya, photo2 graduation, pertunangan dan pernikahan KK gimana lah nasib semuanya dan lain2 himpunan photos...sayangnya!!! risau juga kut kenapa nape. n pada suami, ku malas nak update dengan dia, perisian kepala otaknya pun 'sangat penuh' so biarkan dulu.

Dah dapat netbook yang baru tapi ghalek duk baca blog politik yang sudah lama ketinggalan perkembangannya..momentum update blog sendiri tak juga 'datang' sebab selepas raya dah banyak 'deghak', ke kl hantar Mam, ulang alik ke penang...kekuatan badan tak cam dulu lagi sampai nak ke pontian nikah apih terpaksa surrender, tak boleh p dahhh.

Ambil kesempatan muncul kembali ini kita cuba update apa yang ada semampunya. Cuba upload photos yang ada tetapi belum berjaya. Need help! Mam yang selalu banyak membantu tak ada. Nak minta Azaf pun dia sibuk nak exam akhir tahun.Sabarrr...kata Rasti dalam Nada Cinta sabar tu buahnya manis?!

Saturday, October 15, 2011

BUKAN TEH O


Our greatest problem with water supply....selain kerap putus bekalan air, ini lah rupa warna air yang keluar dari paip!

Tuesday, April 19, 2011

BLURRR....rasa camna without internet access!

Salam kembali beralam maya...hampir 3 minggu hidup tanpa internet access, astro dan akhbar...rasa rasa sesangat ketinggalan 'apa jadi kat dunia ni'..sempat tengok tv pun tv3 je namun resepsi sangat berbalau, time berita dapat dengar berita pun alhamdulilah. Ni pun jika sempat...dan yang sangat pasti ialah rindu pada blog kesayangan, dan kesiannya pada dia kerana tidak berupaya untuk meng'up-date'nya..huhu, apakan daya.

Apa pun I'm back for the moment...having a new task now. My life now, need to commute east west hi - way...bila tugasan diperlukan.

Monday, October 25, 2010

'BACK HOME'

ha ah..memang lama tak berentri.was always 'carried away'-focus,time,momentum,esteem on the low side'. to feel not guilty it's always in the 'mind' and 'thought'. mengikuti perkembangan negara tak pernah miss, sebab info keliling pinggang.kata orang semua dalam capaian;media letronik,apa lagi tenet,media cetak tak penah miss munya.ndak tak ndak je.dan semua ni ada yang mengembirakan, just fun having to know, menyedihkan, menyerabutkan.

suatu yang menarik perhatian ialah pendidikan sekolah yang tak penah2 abis dibincang,direview,disaran,diubah,kononnya itu,ini cam2lah alasan.yang paling jeleknya 'political intervention' yang begitu berkuasa dalam mana2 isu pendidikan.punyalah begitu power.mana p ntah ahli2 dan pakar pendidikan.tak salah mereka gak sebab masalah 'power root'..yiilek. sebagai individu memang rasa serabut..jap ggitu,jap ggini cam tak selesai.yelah anak2 kita bersekolah,anak2 jiran,anak2 kampung,hulu,pedalaman dan bagainya lah.anak2 bandar apa lagi lah semua terlibat. tetiba nak tukaq kut omputih belajar,jenuh cikgu yg nak mengajar budak yg nak belajar,bahan2 yg nk kena ada.oghang bandaq takpe depa suka cakap omputih.segala kemudahan lengkap.nun di ulu2,di kg,di pendalaman sabah sarawak..alahai Tin Mah dan mereka yg sewaktu dengan beliau,sangat serabut kalu baca tulisan depa dalam paper memberi seranan.depa nampak anak2 depa je,sekeliling depa je.ada sorang anak kg ni cerdik matematik.slalu perfect score dia dlm subjek maths.bila dh tukaq bahasa dh menurun sebab masalah tak faham bahasa..dh patah balik bahasa pengantar dh riuh rendah..seghabut betul.

menteri pelajaran baru..isu pendidikan pun mula lah nk berubah.yelah masing2 nak tinggal legacy...perut tak bermata kut.sehari dua ni lak pasal subjek sejarah lak nk wajib lulus.kemarin baca paper,bahagian 'letters to editor' ada saranan mala'uun ni suh ajaq pelajaran ni dalam basa omputih. apa jadahnya lak..kut bahasa pun bebudak bersilat nak faham.wajarnya cari cara biar bebudak ni 'suka' belajar subjek ni dan cikgu mengajar 'lively'.takde lah bebudak liat bila waktu belajar subjek ni.

dan sebelum isu 'sejarah' ni pasai riwayat kewajaran upsr dan pmr..mana nak hapus mana nak kekal...mak o mak..tak penah abis isu pendidikan..depa yang atas atas ni dh tak terlibat dan kena kesannya, yang banyak nk terkesan anak2 kita lah..'the future generation'....bakal pelapis negara..acuan bentuk celaru..celaru lah hasilnya.

Saturday, October 09, 2010

last published 7 July,2010

Maknanya memang lama sangatlah tidak berupdate blog ku ini..rasanya tak perlu catat alasan mengapa, kenapa. hari ini dah 9 oktober.esok 10hb,ahad orang mesia tertunggu2 satu event yang akan menarik perhatian - pernikahan dan persandingan angkasawan negara Dr vs Dr. mudahan berjalan lancar. katanya ada siaran langsung, boleh lah kita semua tengok.

kata 'masa itu emas'.ada juga kata 'jam boleh beli tapi masa tak boleh beli'...dok tunggu bulan posa dah pun selesai,akhir ramadan syawal menjelma,pun dah selesai..2010 dah berjalan oktober so tinggal lagi november and disember..pastu abis setahun.rasanya cam baru lagi masuk tahun baru 2010 aritu,tup tup dah ke ujung tahun..begitulah masa berlalu terlalu cepat...awal tahun rasanya panjang senarai benda yang kita nak buat tapi..tapi..tapi yang tidak bertepi tidak bernoktah.

Wednesday, July 07, 2010

last entry 28/6....blablabla

last entry 28 jun..kira dah lama benor tak berupdate blog. kan nya apa jawabnya tak sempat.sebabnya malam dah tak larat nak mengadap komputer. siang hari banyak masa kuor untuk membeli belah dan persiapan mengemas-ngemas barang Ame nak masuk U. ari jumaat 2/7 dah kena bertolak ke Pen, Ame dapat U disitu. malam tengah malam kemas pakaian nk ke Pen untuk 2 malam 3 hari. siang hari kamis sebelum jumaat tu duk bake chocolate cake utk AZ3 for his befdey 2/7. buat custard raisins bun gak.so pagi kul 7 dah p hantar kek n bun ni kat dia di hostel. kul 9 pagi siap and bertolak terus ke Pen. bekfast dalam kete je makan kek coklat, buat xtra dengan bun. terpaksa drive sebab kaki huby tak sendit lagi ghoutnya. kali ni tak dapat lah nak sambut befday boy ni bersama-sama. maaflah ye Mam.dah kebetulan time bertembung nak antar abang. abang daftar masuk 3/7.

sampai Pen lam kul 4pm camtu masuk usm sat antar kiriman kawan..pastu terus ke hotel check-in. malam tu hanyut je rasa. huby n AZ4 p usm tengok bola world cup..kita ke rumah kawan, dekat dgn hotel.Ame rehat je tak ke mana2..and KK lak kul 6 ptg kenkawan datang jemput p rumah sewa depa.

dinner nostalgia...nasi kandaq and teh tarik walaupun dah rasa kenyang..ramainya manusia dalam restoran ni sambil menikmati makanan mamak dan tunggu world cup 'football fighting' nettherland vs brazil.

Monday, June 28, 2010

Alasaaaaan banyak hari tak berentry.

Banyak la alasannye...betul, aritu nak buat entry idea membuak-buak memang suka berangan pun tapi bila nak meluah aiiik geramnya line tenet up down up down ntah ngapa.abis putus angin.dah esok tu cuba dok ggitu jugak down up down up.lepas tu mula la, 'malas aku'...kita buat ni waktu senggang je. waktu lain tu banyak keje buat lah sebab ngadap ni bukan full time job pun.

esok harinya lak keletihan duk marathon dalam shopping mall sebab wajib shop, bukan 'window shop'.. wajibnya membeli keperluan Ame nak masuk U tak berapa hari lagi..ayahnya lak terhencut hencut sakit kaki kena gout..jadi pengurusan shopping ni kureng smooth sikit lah, beli apa yang patut dulu sebab hari sebelum malam nak g lawat AZ3 lak di asrama.terkejor kejor masa dapat lah bersama dia 15min camtu je lepas tu kedengaran menerusi pa system, 'masa melawat telah tamat'..tengok jam di tangan baru kul 6pm.dah lah masa sampai tu tak bawak kad melawat..aduhhhh, mat guard tanya 'tu nak g mano tu..? iskiskisk...


dah malam punya lah mengantuk yang amat nak mengadap amenda walaupun berkobar-kobar dan membuak buak idea..tangguh lagi N3. gitulah alasan demi alasan yang terpaksa diberi..banyak lagi alasan nya tapi cukuplah yang dijelaskan.

Monday, June 21, 2010

IBU..IBU KAU LAH RATU HATI KU

I know today is Father's Day. tapi dah lama duk fikir fikir fikir tentang perkara ni. tak penah nak tulis di mana mana. baru sat baca blog rocky's bru. tajuk Mother of all days. the word 'mother' alwayz attract my attention, not becoz m myself a mother, penah ada mak, ada MIL bbebagai tapi banyak benda dikaitkan dengan kata mak ni..the word mother is so great.. dalam Islam kedudukan seorang ibu sangatlah tinggi dan dimuliakan seperti yang semua sedia maklum....

IBU negeri orang tak kata bapa negeri. MOTHER nature orang tak kata FATHER nature. MOTHER BOARD tak lak kata father board. MOTHER tongue bukan Father tongue. IBU jari tak penah dengar BAPA jari....rocky kata MOTHER of all days, dia tak kata FATHER of all days...apa lagi yek..'yeast' orang Melayu kata IBU roti tak lak depa kata bapa roti. IBU kunyit takde lak bapa kunyit. ap lagi yek...


tapi kalau nak dikaitkan dengan sifat jahat dan perkara jahat dua dua kata mak pak timbul contoh ibu ayam dan bapa ayam. ibu iblis dan bapak iblis...apa lagi yek? penah dengar orang kata 'ibu segala kejahatan....' bapa segala kejahatan takde orang kata lak..hehe.

saja ja takde keje....

Sunday, June 20, 2010

THE CANCELLED TRIP

kelmarin cuaca sangat panas.sangat terasa bahangnya. tengah jalanraya nampak cahaya air tanda kepanasan yang bangat. pinjam sat kata Indon. tepat kul 12 tghari sampai KT. from KB 10am. just berdua dengan Ame.I took over the wheel.Ame rehat je di sebelah. hari ni travel mengganti trip yang terbatal isnin minggu lepas.yang dirancang awal semua p.AZ3 pun ada sebab cuti sekolah.huby dah amek cuti 3 hari.tup tup Ahad senja dapat call dari KT depa nak mai..instead of kami nak p depa nak mai sebab anak2 tak p kemana lagi cuti sekolah. mak depa pun baru selesai marking xam penggal ari tu.so we cancel lah trip terancang tu. takpe lah nak wat camna...


trip ganti ni terpaksa gak p sebab dah janji dengan sorang kawan minta belikan dia sesuatu d KT. janji nak pas belian tu bila kami ke PEN antar Ame register U 2nd july nanti..friend in need is a friend indeed, betul KK?..petang kul 6 we drove back to KB. 9.30pm baru sampai. alhamdulillah safe driving....driving malam tak leh laju cam siang hari jalan golap.


Ame dijanji makan ICT oleh cikM so enjoy lah makan di gerai tepi pantai angin bersepoi bahasa. dulu pantai ni cantik tapi now dah bertambak tak nampak lagi aslinya..air laut dah 'keleh' nun jauhhh..tapi camna pun pantai ni sememangnya menjadi tumpuan setiap hari, cuti umum dan cuti sekolah. menurut cikM baru ni dia datang masa cuti sekolah bawa anak menantu cucu...mak datuk tempat penuh sesak.

katanya FaFaw pun penah sampai ke ICT ni...ICT ni bukan tempat pameran hi-tech computer things tapi anything seafood bebagai gorengan yang dicelup tepung - ikang kembong,pari,SUTUN,udang,ketam.keropok lekor goreng pun ada, jempt 'malah' pun ada. semua ni dimakan cicah sos lada merah pekat pedas manis, Tganu special made ma....sedapp. taste nya memang tak sama cili sos dalam botol yang jual kat kedai supermarket tu.

next time p ICT kena amek gambar kelmarin lupa walaupun bawa kamera tapi tertinggal dalam kete..sebab p sini nek kete cikM. fon ada tapi lupa nak capture sebab ghalik makan and rasa sangat panas.yang ingat nak perabih makan and nak bertolak balik KB. rasa bahang panas pun memang rasa sangat uncomfortable walaupun disejukkan dengan air kelapa and ABC...sampai rumah cikM lagi lah rasa seperti dalam 'steamer'.

Isnin malam minggu lalu membawa tetamu ke WCY, kedengaran auto pita kaset 'LELONG LELONG LELONG' HARGA LELON.. dipasang tanpa henti.....teruja mendengarnya. esoknya Ame mengajuk LELONGAN di umah, ayah senyum je..

Friday, June 18, 2010

JUST COULDN' T BELIEVE MY EYES.......









Suasana dalam gambar ialah di suatu kenduri kahwin yang kami hadir petang tadi. ikhlas bukan nak memalukan tuan rumah. kami sebenarnya terkejut dengan suasana ini. menghampiri je canopy huby minta anak-anak berhati hati kut terpijak tahi kucing memandang sekumpulan lalat berterbangan pada tanah kaki melangkah. so berhati lah kami melangkah.rupa nya tidak. di tanah, di meja hidang, di tiang canopy dan di sekitar semua dipenuhi lalat yang bermaharajalela.
tak pernah lagi kami p kenduri dalam suasana begini sepanjang berkenduri...bukan tak de langsung lalat adalah sekoq dua yang sesat. setelah settle duduk makan rupanya cerita 600 meter di belakang rumah kenduri ialah tempat penternakan ayam..alamak teruknya. maka teringat satu ketika keluaq dalam tv3 di sebuah bandar M penduduk kampung sekitar dan sebuah sekolah berhampiran menderita bertahun tahun serangan lalat akibat pembelaan ayam secara komersial..terpikir 'pada' ka pihak council membenarkan ternakan sebegini. mungkin takde dalam ruling council nak melihat pendudukan orang orang kampung dan sekitar hidup dalam sejahtera. nampaknya sapa sapa boleh bela binatang secara komersial di mana pun asal tanah atau kawasan itu hak milik depa.tentang kesan pada orang lain tak penah kisah...nampaknya orang kita di mesia ni jauh ketinggalan berabad dengan negara maju dalam hal2 council ni...bila gaknya kita boleh pikir 'sejahtera suasana' untuk semua orang tak kira mereka di kampung ke, luar bandar ke, pendalaman ke...
kesian tuan rumah menerima tetamu dalam keadaan sungguh tak selesa dan tetamu pun rasa sangat tak selesa!




Wednesday, June 09, 2010

BREAKFAST@home

yeeeaa cuti sekolah...maka berpeluang lah bersarapan di rumah bagi ahli rumah yang jarang berpeluang breakfast sebab awal awal pagi tergesa gesa nak ke sekolah dan ayahnya yang mengantor pun terpaksa mengikut time tu keluar ke ofis. kalau tidak setiap hari sorang-soranglah 'sarap' orang johor kata. masa cuti ni lah huby and all pun berpeluanglah sarapan kat rumah. bukan buat apa pun.sarapan stail kopitiam roti bakar, goreng bihun mee pasta, moi gitu lah. anak-anak pun ada yang suka makan cereal je,simple. tapi yang penting bersarapan di rumah..kalau weekened pulak cuti tak cuti bersarapan di luar.yang menjadi favoret 'nasi lemak tc' di kg putih.tolong iklan lah ni.tapi tempat ni kalau tak iklan pun tak apa orang sentiasa ramai kalu tempat duduk tu kenalah menunggu.nasib baik sangatlah kalu sampai terus dapat seat.dari segi rating nasi lemak ni memang sedaap, boleh lah beri 5 bintang..negeri ni tak banyak kalu nak makan nasi lemak sedap..banyak di sini jual nasi berlauk, nasi kerabu dan nasi dagang yang lauknya pelbagai..banyak lauk bergulai lemak.sesekali boleh lah kot tekak aye ni dengan menu sebegini..

Thursday, June 03, 2010

MY LOVE AFFAIR OF 20 YEARS PLUS...sedih!



Ni lah ghupenya peti sejuk? ice-box?fridge?refrigerator? cap National dua pintu yang telah berjasa kepada kami sekeluarga selama 20 tahun++ sejak tinggal di PEN. tengah dua tahun lepas usung bak mai KB nek lori.tup tup baru ni bila nak ambil udang keluar nampak cair ais dalam.ingatkan tak tutup rapat pintunya.tapi perasan bawah peti berair amek je towel bubuh bawah tu supaya air tak meleleh merata.tapi pada malam buka lagi tengok cair lagi..aiik apa kena fridge ni. buka pintu bawah masukkan tangan rasa panas je..sahlah dah sampai hayatnya.nasib baik lak tak stok banyak ikan ayam ketika tu..so pindahlah peti sejuk kecik satu lagi.sehari sebelum tu terasa je nak defrost peti ni.maklumlah peti teknologi lama..dah lama mesti winter di dalam tu. maka adalah tempat nak pindahkan stok ikan udang yang sikit tu.
esok tu berkerja keraslah bawa keluar barangan dalam fridge yang habis hayatnya tu.menimbun di atas meja bulat di dapur.mana-mana yang kena simpan dalam fridge bubuh dalam fridge satu lagi.maka susun atur lah pulak barangan dalam fridge kecik ni..nampaknya nak kena 'shop' fridge baru lah pulak.round lah beberapa biji kedai elektrik nak tengok the best model the best price affordable juga affordable space rumah..yelah lah fridge ni memang barang kemestian nak tak ndak kena beli. hari tu 24/5 sampailah 'yang baru' ...sedih tengok yang lama kena bawa pegi yang dah sebati dengan kita..
masa pegi shop fridge ari tu pekedai kata dulu peti pasang pakai tangan sebab tu tahan puloh tahun leni peti pasang dengan komputer..jumpa seorang hamba Allah katanya fridge sekarang ni kalau boleh pakai 5-6 tahun mujurlah tu..eeh betul ke...risau gak dengar.anak sedara aye beli peti dia 3 tahun lepas dengar baru ni asyik ok tak ok je tak tau lah brand apa. kalu fridge teknologi baru leni hayatnya camni singkat nak kena tukar keraplah ye..mana nak lupus barang-barang tak reput camni banyak space lagi ke dunia ni...

Tuesday, May 18, 2010

clarification as always, a copycat

need to clarify here, my blogging will not involved in any plagiarism activities. cuma the name came out because at one point I was so obsessed with recipes in the net. I was introduced by a friend of a recipes blog.memang sebelum ni I tak penah tau langsung.bila dah dapat tau I never stop browsing, find good and tried out the recipes. now I have stop but once a while buka juga. but most recipes I dah cuba especially meroti and baking cakes. lauk pauk tu I kurang ikut sebab dah tau masak kut...perasan. Definitely, my blog will not focus on recipes and food only...I may not write recipes but comments and credits on the recipes I had tried.

Friday, January 08, 2010

NO UPDATE PROGRESS

it's already new year 2010, 8th of the first month since my last posting last year December of the third week, the day I started the first time ever my blog. Never ever I wanted to have my own blog but the pushing from my children were just too hard to resist...when I told them I do not have the 'tech-know-how'....ala mum we will help you, do not worry. So this is the result. As what I told them of the concept I would like to blog and they know my great passion in baking, cooking and have them recorded. But I would like to mention here, I'm still at zero knowledge of how to transfer pictures from camera to computer and all the technicalities involved...frankly I'm blurred, wooh...need to learn..need to learn..semangat,semangat jangan putus asa.

Tuesday, December 22, 2009

As always, I love food n I love Cooking,Baking...

...but I'm not a professional cooks neither am I had a proper training in cooking or baking. I never stepped into any culinary schools. even short courses abundantly offered here and there. what I realised was when at the age of nine years old I had started cutting recipes that appeared in the paper or magazines. I even had unused exercise book to copy write recipes. But at that tender age I never get accessed to the kitchen to cook or bake. The elders prepared all the meals, should the youngsters stayed or around in the kitchen normally be labelled as nuisances. So the normal shoo away these nuisance was, hei...keluar, keluar jangan kacau orang tua memasak...pegi main sana..so sheepishly out you go. To cut a long story short I have quite number of recipes books (in the form of exercise book that I had recipes cut and pasted from the papers and magazines )which I stil kept till today. When I started work in 1980s I bought quite a number of cookbooks, and now in the new era world of technology, I am so much obsessed with browsing all the cooking and the recipes blog, website and what not that my hand could touch on..