Monday, March 28, 2011

MENCUBA DENGAN JAYANYA...kuih bakar



Perasan kan, Indon kata 'ge` e`...ya lah, kalau sendiri tak puji sapa lagi nak puji..cuba memupuk minat membuat kuih2 melayu. Cuba menghapuskan persepsi kuih2 kita susah, renyah dibuat. Mungkin juga dah terlalu lama dimanjakan keadaan terlalu mudah nak dapatkan kuih muih melayu yang banyak terdapat di gerai2 jualan, pasar2 malam...kecuali lah orang yang tinggal di luar negara, sentiasa mengidam nak makan kuih tu kuih ni, kan.

Kekadang tu bila buat blog walk sentiasa ada lihat umah depa hidangan kuih talam, kuih bakar apa je lah kuih melayu terdetik gak rasa iri atas kekurangan diri sendiri...mula lah rasa tercabar!

So nekad lah sedikit keazaman nak mencuba buat kuih bakar ni...cubaan resepi dari rumah Home Sweet Home. My tq for the recipe. Ternyata resepi ni mudah dan perfect dari segi rasanya,lemak dan manis pun seadanya je kuih bakar ni. Boleh lah nak buat lagi...kalau ada perasaan ni memang a good sign for me.

Dah tak jumpa pulak kertas salinan resepinya. Oleh kerana bantal tidur memanggil2 tak upaya nak menahan mata. Nanti saya edit posting dan masukan resepinya...

Mengotakan janji....

1 C gula
1 C jus pandan/air + pandan esen
2 C tepung
2 1/4 C santan (450 ml) tapi saya guna abt 300 ml je, saja nak < rasa lemak
2 sudu makan mentega
3 biji telor
1/2 s.t garam
pewarna hijau
bijan

1. campurkan semua bahan dan blend supaya sebati.
2. masukan 2 s.t minyak dalam loyang dan oleskan rata.
3. panaskan loyang dalam oven sebentar. bila minyak telah panas tuangkan adunan.
4. taburkan bijan dan bakar pada suhu 180 deg C sampai masak/garing, masa yang diberi oleh penulis asal ialah 1 jam 15 min. oven saya mengambil masa almost 2 jam.

Tak rugi mencuba...lagi rugi jika tidak mencuba.

3 comments:

  1. Cantik kuih bakar tu, siap tabur bijan lagi....nak sikit bolih?

    ReplyDelete
  2. sudah tentu boleh..boleh maya je lah.

    ReplyDelete
  3. nmpk sedap n sgt perfect...

    ReplyDelete