Monday, December 13, 2010

BERBUDI PADA TANAH......BEKE

potong- kupas kulit-cuci...sedia untuk direbus


gumbira...u la la...hasil berbudi pada tanah. dapat 3 ketul besar dan panjang <> 1 ft dari satu pokok ubi kayu yang ditanam di laman rumah seluas sekangkang kera

pucuk ubi dicelur...cicah dengan sambal cili padi diblend dengan isi durian frozen..banyak tu je dapat pucuknya...ye lah dari satu pokok...yang banyaknya daun yang keras


ehhh....lincin le...bawa untuk minum petang bersama anak yg SPM di maktabnya

BEKE...tu lah namanya yang saya kenali sejak dari kecil...ada yang sebut BEKO...mungkin dari perkataan BINGKA, bahasa standard....orang Filipina sebut BIBINGKA tapi tak pasti ia merujuk pada jenis kuih2 yang berbingka

saya buat 2 loyang...seloyang untuk keluarga BIL yang tinggal berhampiran

jika bingka pisang or ubi or apa2 bingka selalunya ia jenis yang boleh dipotong2 untuk dihidang tapi beka ini di'scoop' kerana ia tidak kental seperti lain2 jenis bingka.



bahagian santan disebut 'kepala' beke...
bahagian lapis ubi kayu
saya potong kecil2 ubi kayu cukup untuk 2 loyang dan diblendkan. kemudian ditapis..buang air tapi ambil bahagian tepung dan campurkan bersama ubi yang telah diblend halus. kacau rata. masuk gula putih dan sedikit gula merah. kacau rata dan rasakan tahap manis yang dikehendaki.
kukus hingga masak..tips: bila permukaan ubi berkilat kira dah masak lah lapisan ubi. keep aside.
bahan yang diperlukan untuk 'kepala': SANTAN,TEPUNG BERAS,GARAM DAN GULA...
untuk 2 loyang saya guna santan kotak (kara) sebanyak 1 and 1/2 kotak dilute dengan air <> 2 cawan dilarutkan bersama 5 senduk kecil tepung beras, garam secukupnya dan 1 sudu makan gula..kacau rata dan rasa kemasinannya... bubuh atas api dan kacau dengan whisker hingga likat, licin dan berkilat...jangan kacau agak keras kerana 'kepala santan' akan merekah bila sejuk...sesudah likat tuang ke atas lapisan ubi kayu...bila dah sejuk sedia untuk dihidang


ubi rebus...spesis kuning...sedapp


cantikkk warna kuningnya...











4 comments:

  1. saklm dari akak..seleranya akak nampak bingka ubi tu..memang sedap..lagi2 yang lembut cam tu..

    ReplyDelete
  2. @kak Erna.....ya erna memang sesangat sedap, cuba buat, tak rugi selera.

    ReplyDelete
  3. Kak..sedap tu..teringat kalo mak buat..sedap makan hasil air tangan mak..huhuhuhuhu

    ReplyDelete
  4. @ibh......apa2 masakan hasil tangan mak tentu tiada bandingan kan..,

    ReplyDelete