Thursday, December 15, 2011

PULUT LEPA...LEPE. ggitu lah sebutannya

jenis segera. ditempah oleh my dear Sis. 100 pieces. 50 sen per piece. berbagi bout 30 pcs to jiran and my in laws. the rest saya bekukan. nak makan saya keluarkan dan bakar atas non stick pan. time ada pulut ni hati senang.bawa keluar 6 or 7 biji dan bakar, adalah sesuatu untuk sarapan. kalanya pada petang hari. sekarang dah yilekkk...kalau lah dekat2 boleh lah saya order dibuat stok

sedap and semua kami gemar. it's not sweet but lemak dengan inti ikan di dalamnya

Like

Keluar dari freezer boleh terus je bakar...boleh je nak lembutkan dulu or tidak

SINONIM DENGAN BULAN MUHARRAM

Saya kacau pada 13 Muharram yang lalu dapat lah berbagi pada seorang jiran dan ipar duai serta biras

BUBUR ASYURA

Lain negeri lain cara bubur asyura. Nun di utara bubur asyura seperti pengat segala kekacang dan rasanya lemak dan manis. Di Pantai Timur pulak asyuranya berempah ada segala isi daging,ayam dan ikan,ubi2 dan kekacang namun di Kelantan rasa kemanisan berlebih dari asyura di Terengganu. Di Lembah Klang, Selatan, Negeri Sembilan saya tak pasti langsung,tak penah ada pengalaman....

Dah lama sangat tidak lagi menyaksi gotong royong mengacau bubur asyura...dah lupa bila kali terakhir tengok or terlibat.

Wednesday, December 14, 2011

KEPAH OH KEPAH




Sesuatu yang tidak dirancang. Dalam perjalanan balik dari KT, dah hampir 3/4 nak sampai rumah mata memandang gerai yang berjualan kepah remis. Tetiba teringin. Sebenarnya dah beberapa tahun melalui jalan ni tak penah kisah pun.

Dah berenti tu takkan tak beli pulak...dah beli pikir nak masak apa..rebus ggitu je,buh bawang serai segalanya..pastu meratah??

Dah sampai rumah, dalam gerobok ada santan kotak. Dalam fridge ada cabai burung. pastu ada kunyit idup..serai pun ada, bawang merah pun ada walaupun tinggal beberapa ulas je lagi..

Pendekkan citer menjadilah kepah masak lemak cili padi...sebenarnya masing2 dah kenyang dah pekena macam2 semasa di kt..nasi minyak,nasi dagang,nasi kunyit...kuih muih lagi.

Maka masakan kepah tu diratah begitu saja. Esok sambung lagi makan. Orang bertiga saja dengan 2 kilo kepah, tambah yang seorang tu kureng pulak...

Kepah oh kepah

Monday, December 12, 2011

BIRU NASI KERABU

Kelopak bunga telang yang cantik teratur....bayangi sekiranya kita mempunyai sepasang baju kurung atau kebaya berwarna seperti ini,,,suke warna ni!

Hidangan yang lengkap setnya, telur masin, keropok kering goreng, ayam grilled Ayamas, sambal kelapa, hirisan ulaman termasuk bunga kantan menyerikan campuran warna dan kuah tumis santan

Ulam tambahan yang dihidang kasar - ulam raja dan daun selasih siam

Pada hari raya korban yang lalu selepas selesai solat sunat eid-ul- adha

Walau pun telah ditayang nasi kerabu dalam posting sebelum ini, tapi kali ini nasi kerabu tidak dalam kategori Jalan Jalan Cari Makan kerana kali ini nasi kerabu disediakan sendiri....namun lauk ayam diimpot dari Ayamas. Short cut satu keje.Memang kegemaran saya keje-keje short cut. Jimat tenaga keje dan masa!

Satu kelainan yang disediakan ialah kuah rebus tumis iaitu kuah bersantan kuning yang direnih. BAHAN2 NYA I.E BLEND BAWANG MERAH, LENGKUAS,SEDIKIT HALIA, SEDIKIT KUNYIT HIDUP, SERAI, BELACAN/UDANG KERING DAN CILI BOH. BUBUH KESEMUA BAHAN BLEND KEDALAM SANTAN DAN BIARKAN IA MERENIH DENGAN API SEDERHANA KUAT. MASUKAN ASAM KEPING.SEIMBANGKAN RASA GARAM DAN SIKIT GULA...Jika ada daun kunyit atau daun limau purut masukan juga bagi menambahkan aroma kuah tumis..renih hingga kuah agak pekat.

Sunday, December 11, 2011

OOOPPOCOOOTTT!!!!!!



Suatu hari p beli makanan untuk hamster, kashier di hypermart, sebelum scan harga,.. " makanan untuk tikus???" sambil melihat gambar hamster yang mungkin visualnya menterjemahnya sebagai tikus rumah/tanah?..."ada makanan untuk tikus???"...bobelnya lagi..berkerut dahinya sambil tersenyum yang tak boleh abis... (mungkin pada dia 'ada jugak ye orang beli makanan untuk tikus)

Saturday, December 10, 2011

KETUPAT SOTONG

Barisan sotong yang telah diisi beras pulut. Paras pulut isian tak sampai separuh sotong. Tak pernah buat....tanya seorang kawan camna nak buat

ready to eat...gede` elok. teringat sorang kawan yang bercuti-cuti Kelantan & Trengganu, many years ago. Balik dari bercuti dia bercerita pada saya bahawa dia rasa 'tertipu' dengan kegemukan sotong yang disangkanya sotong 'bertelur'. Memang dia gemar makan sotong apa lagi yang ada telur. Tanpa ditanya masakan apa sotong dia terus membeli dan bila dia makan terkejut 'dalam sotong tu berpulut'! Terus dia berenti makan... (Bro, dah tak besa makan kena lah bertanya dulu...bbende mung)


Terbit rasa nak cuba buat dek Pok Mam yang bertanya "apa makanan ketupat sotong", Tanya dia balik camna boleh tahu nama juadah tu, jawab 'tengok kat TV..' so story lah sikit pada dia...so kenapa dia tak pernah makan...cut long story short...maka cuba lah buat. Sotong beli 5 ekoq tu je..pulut dah ada, guna sikit je..santan kotak pun ada....kuah santan boleh agak-agak lah nak wat camna i.e sedikit hiris bawang merah,hirisan halia dan halba serta gula dan garam...tapi sotong tu camna nak buat, pulut tu kukus dulu ke or gimana??? teringat sorang kawan maka bertanya lah pada nya....cuci beras pulut pastu bubuh dalam sotong tapi jangan sampai separuh. Pastu cucuk dengan lidi dan rebus dalam santan cair sampai pulut masak..pastu baru masukkan santan pekat dan 'awaih-awaih'nya tadi.

Bila dah makan, ratingnya camna?....lambat lagi kot nak buat lagi. Tanya Mam camna rasa? ok ke...senyum je dia with no comments..nampaknya semua kurang teruja dengan juadah 'ketupat sotong'

TOK AJI SORBAN NYONYA


Bunga Telang yang diguna untuk mewarnakan pulut dan juga nasi biru untuk nasi kerabu...kini tumbuh segar di pagar rumah

lain kali buat kena tebalkan bahagian serikaya baru sedap dan puas dimakan...

pulut dikukus bersama santan dan sedikit garam digaul dengan air bunga telang membirukan bahagian pulut

Bahagian atas SERIKAYA.....telur,santan dan gula nesan

SLEEPING TIME.....and nyenyakkk


mengambil tempat tidur masing-masing.....jambul & minden

'....yang suka tidur tidak kira masa memang keturunan ku' berkata minden

'tidak kira di mana jua, dan tempatnya bila mata gua dahh tak boleh bukak..'

Friday, December 09, 2011

KEROPOK VACUUM PACK

A pack of RM 10 we have to pay .50 cents extra - cost for vacuum packaging..tak pe bayar masih berbaloi dari nak beli yang rebus dan kena tunggu berjam-jam. Sekarang ni dah kena ambil nombor cam di bank...ting! naik nombor digital. tapi wa dah tak sanggup tunggu lama lama....

apa lagi yang vakum pack ni lebih enak dan tahan lama disimpan seminggu lebih pun masih maintain rasanya. Simpan di ruang biasa je dalam fridge tak perlu simpan dalam freezer. TAPI KEROPOK NI PERLU ORDER DULU SEHARI ATAU PADA MALAM BEFORE NAK BALIK ESOKNYA. JUST SMS PADA NO INI 012 5620748 beritau anda siapa....nak order kepok vakum pek (kena sebut) sebanyak .....bilangan pek x rm10.50 = jumlah. NAK AMEK ESOK PAGI?TENGAHARI?PETANG (sebut juga) kena lum kul 6...(free advert untuk dia nih..ikhlas tolong sebab kesian tengok peminat pemakan kopok hampa tak dapat, kena tunggu berjam2... bila dah mesej tu anda akan terima reply K...esok happily p amek habaq nama buat bayaran and you got it....

So M.Rashdan next time you balik guna this system, leh lah wat balik kepok ke Perlis...


The keropok sauce is so delicioussss... kalu tak abis cicah jangan dibuang, guna untuk cicah kepok kering goreng atau jemput-jemput

ENAKKKKKK...

Relevan kepada sesiapa yang bercuti-cuti Terengganu.....Keropok Bukit Tok Beng, Seberang Takir

Thursday, December 01, 2011

ROTI BERLAUK

Pastinya bukan pizza. Nak buat roti tapi roti yang berbeza sikit dari rasa biasa. Selalunya roti paun..roti cheese...roti manis. Tapi kali ini fikiran ini nak sesuatu perasa yang berbeza...datang ilham yang berperasa 'berlauk'. okay pass..


Potong kecik2 segi. Makan cicah dengan kopi panas...emmm, enaknya. cicah dengan cili sos okay gak...makan begitu saja pun wokay

Setelah selesai memproses, buat sapuan nipis dengan kuah sos spagetti dalam tin cap kimball. buah tomato ceri pun masih berbaki belah dua dan aturkan disekeliling. Pastu potong lebihan hot dog yang telah dicelur. Nenas cube jeruk pun tabur. Dah tu tabur cheese parut. Nampak parsely tu kan...hias je

Bentuk tu biarkan je dalam baking tray...ikut lah dia nak membulat membentuk lagu mana...sesekali perlu juga kebebasan. Tanya sesiapa yang 'terpenjara' dalam kehidupan pasti bila mendapat kebebasan sudah tentu besar ertinya...