








melambak ulamannya, nak rasa kesemuanya tapi apa kan daya...

...DAN ingin menikmati makan tengahari nasi berlaukkan 1001 jenis ulaman, set budunya ricihan buah pauh muda, hirisan halus serai,tempoyak,cili burung..lauknya yang simple singgang ikan aya (ikan tongkol), asam pedas ikan patin, ikan kembong bakar tawar, ikan selar bakar garam kunyit...tiada lauk mewah2 gulai kawah atau darat, percik merah putih. kalau ada pun yang mewah ialah ayam goreng potongan besar kegemaran anak2...sila ke nasi ulam cikgu di Pengkalan Chepa. Satu lagi di bandar KB juga milik cikgu.
Sungguhpun hidangan lauk pauk dalam kategori healthy dish tapi kalau dah mengadap tu susah nak kawal portion nasi. bertambah je nasinya. tak dapat juga nak berdiet sesiapa yang nak berdiet, punya la berselera, bak kata orang2 tua mentua lalu pun tak nampak..kerana itu walau pun tarikannya sangat kuat saya cuba kurang 'kunjungan' ke situ...
bab harga sangatlah wajar....dan tika membayar btau amek nasi tambah satu, ...'aloh nasi tamboh dok ayoh kigho laa...' ggitu la lebih kurangnya depa...setiap kali kunjungan sentiasa dipenuhi pelanggan pelbagai bangsa.
-advert sosial-
No comments:
Post a Comment