Wednesday, December 08, 2010

PULUT PAGI...



Suatu hari meronda rayau rumah Nur Ede dapur sure berasap..terlihat pulut pagi, terancam sungguh. sememangnya evergreen favourite...dulu kala kalau balik bercuti kampung huby, pulut pagi ni salah satu dalam senarai beli untuk sarapan. never miss one...pulut pagi di sini ada yang disediakan bersama kacang hitam rebus, ada yang pulutnya sahaja, ada yang dibungkus dengan daun pisang. saya suka yang dibungkus dengan daun pisang ni sebab bertambah kewangian pulut, kira cam ada chemistry lah pulut and daun pisang..banyaknya pulut pagi ni dibungkus dengan plastik atau kertas bungkus makanan..ni cerita dulu la..
Tapi sejak jadi PR di negeri ni tidak pulak saya keluar pagi2 untuk cari sarapan...malas. dah bertukar cara bersarapan, apa yang ada je le...sampaikan saya terlupa hal pulut pagi ni sehingga lah suatu hari itu....
Kerana mengidam yang membuak-buak maka krodek la di dapur..ada beras pulut, ada manisan..yang tak ada kelapa parut, tapi malas pulak nak keluar pegi belinya..teringat kelapa parut kering yang dah lama beli terperosok dalam fridge..so ikut lah resepi nur eda tu...dapat la sebanyak lima ketul, sukat dengan bekas remekin.
Tengahari huby balik lunch...'hah mana beli ni..' memang favourite dia jugak.. 'saya buat, makan lah tapi kelapanya saya guna kelapa parut kering.'...Gelak dia...
Lain kali nak buat lagi nih...

No comments:

Post a Comment