Monday, October 15, 2012

LOMPAT TIKAM

 
Buat sendiri sudah semestinya puas makan. Boleh tambah dan ulang-ulang makan. Apa lagi bab rasa, manis, lemak kita yang kawal

 
Dua kali buat sepanjang bulan puasa dan KK puas makan dengan senyum yang melebar
 

 
PUTIH HIJAU MERAH
 
Pernah post sebelum ni perihal lompat tikam. Kalau tak silap lompat tikam yang beli, juga yang buat sendiri. Walau bagaimana pun buatan kali ni yang berjaya. Sejarah membuatnya pernah yang hijaunya terasa pahit dek terlebih dos air kapor, juga yang hijaunya merekah dek konsistensi adunan yang tak betul, gitu gak yang putihnya merekah...bab pulut ok saja tiada masalah menyediakannya.
 
Si KK balik kali ni kira penuh lah berpuasa di kampung setelah 6 tahun. Tapi kali ni banyak mengidam...new mum to be?..Mulanya malas nak berkerenah bersilat dengan kuih-muih ni. KK p beberapa pasar ramadan 'tadok' kuih ni. yang lain banyak lah kata KK. Tersentuh lah pula hati dia punya kepingin kuih back stab ni.
 
Check bahan2 gayanya semua ada...azam kali ni bila buat tak nak main redah je. So biasa la zaman sekarang suruh KK google beberapa resepi. Laju je dia mencari....malah menyalin lagi nak bawa balik ke UK, 'nak buat' katanya. Semasa buat di dapur biasa lah KK tolong...tolong tengok.

1 comment:

  1. will do this soon, iAllah. bhn2 sume dh ada, kapur haritu pn lepas je bwk dlm luggage.hihi. boleh bagi jiran2 (jiran2 melayu selalu bagi makanan aiyoo takde idea nk membalasnye dgn apa) or bwk gi usrah mkn ramai2..

    ReplyDelete