Saturday, October 13, 2012

ROTI ARAB


Rujuk pada kebanyakan resepi roti yang digoreng ni dinamakan roti arab. Memang mudah membuatnya. Sesuai sama ada untuk sarapan, tengahari pun boleh kalau pilih tak nak makan nasi atau untuk dinner. Kita buat ni untuk makan malam. Bahan yang perlu ialah tepung, garam, telur, minyak/butter dan sedikit ragi segera. Selalunya kita tak letak sukatan walaupun rujukan ada sukatan. Sebabnya kita buat ikut 'bilangan orang yang ada' di rumah jadi kita agak2 je lah sukatannya.
 
Cicah dengan lebihan gulai makan tengahari, gulai ikan. ikan dah habis ada kuahnya saja...tentang roti arab kalau kita ke restoran nasi kandaq roti ni bukan namanya roti arab. apa namanya pun kita dah lupa...nanti bila ingat kita updatekan. Kalau ke Kayu Nasi Kandar roti goreng ni lah kita order makan yang disediakan dengan 3 jenis kuah iaitu kuah dhal, kari dan istimewanya kuah sambal berkelapa berwarna putih. Sedap tetapi selalu beringat, roti2 gorengan seperti ini memang tak sesuai dimakan setiap hari.. 
 
KK ada hari tu semasa buat roti ni so apa komen...ooh ya roti arab ni cam roti PURI le di kedai nasi kandaq tu..
 


1 comment:

  1. oh yes,1 lg resepi yg boleh dibuat kt sini! boring dh mkn nasi briyani n roti nan kt curry mile ni. pastu mknn kudap kudapan pn xde kt umah ni xde idea nk buat ape. bolela buat roti arab yg sedap ini....crispy di luar lembut di dalam...mkn ngn kari ke sambal ke mmg terangkat!

    ReplyDelete