Tuesday, October 30, 2012

ROTI GORENG

 lembut, halus fulus

 Adun roti seperti biasa. Tadi kita buat 2 cawan tepung high protein + tepung biasa. Guna tepung hi-pro tu pun sebab nak perabihkan yang berbaki dalam +- 1 cwn. Dalam tepung tu kita masukan 1/2 s.t garam, 3 s.t gula, 1 s.t penuh yis segera dan 1 s.b butter. Gaul semua biar rata. Saya guna air panas suam untuk menguli tepung sehingga menjadi doh yang licin dan biarkan naik 2 kali ganda.

Bila dah nak menggoreng, tumbuk doh yang menggelumbung tadi, uli sebentar dan buatkan doh bulat kecil2, besar mana ikut suka lah, kata chef Ammar. Kita tak mencanai pun hanya leper2kan mengguna tapak tangan dan jari untuk menipiskan doh kecil tuh.

Panas kan minyak dan gorengkan lah sehingga kekuningan. Boleh lah makan/cicah dengan apa2 kuah/gulai yang belen2 tu..

Dapat 16 biji

Cicah dengan gulai daging aqiqah Danish anak Ejat. Ayah dan Azaf cicah dengan gulai ikan belen,masak hari khamis sebelum raya hari tu...tentu lah dibekukan.

....juadah makan malam sat sat tadi..

No comments:

Post a Comment