Tuesday, October 30, 2012

TENGGIRI BAKAR BERSOS PUTIH JUS LEMON

 Ikan dilumur garam dan jus lemon dibakar dalam griddle pan. Bubuh sedikit minyak semasa membakar. Untuk sos putih, tuang susu segar secukupnya ke dalam bekas memasak, bubuh 1 sudu makan tepung gandum, jus lemon dari 1/2 biji buah, garam,gula dan kalau nak pedas potong 1 cili padi. Gaul rata dan kacau di atas api perlahan. Masukan minyak lebihan bakar ikan tadi. Bila dah agak pekat padam api dan tuang ke atas ikan.


Inilah sahaja lauk untuk lunch kami tengahari tadi...bertiga sahaja, tu pun tak berabis seketul gayanya kena carry forward besok...'rajinnya' mak KK. Ayah kata, 'ok lah tu lauk sihat lagi'...lagi pun maknya jenis soft spot apa2 je tentang lemon...warna,kulit, jus dan baunya sangat suke. Biji lemon tak suka,pahit kalau tergigit.

1 comment:

  1. Slalunya lauk mcm ni beli lunch kt kantin hospital.cuma ikannya slalunya salmon lah.sedap je menjilat garpu dh lapa2 tym lunch break.klau dpt mkn ngn nasi putih panas lg mngancam.tp kt kantin omputih bpuas hati jela mkn dgn fries, bkn nasik huhu

    ReplyDelete