Sunday, October 21, 2012

UBI KAYU REBUS

 
Walau pun bukan lagi 'zaman jepun' atau 'zaman sebelum merdeka' ubi kayu rebus tetap relevan pada abad ke -21
(antara yang kita tahu buat jika ada ubi)
 
 Sambal tempoyak isi ayam
 
 Sambal tempoyak kerang
 
Mudah membuatnya: Bahan > bawang merah, kunyit hidup dan cili padi serta tempoyak..kalau ada daun kesum/cinohon boleh je masukan. Kalau nak rasa pedas lebih, lebihkan cili padi.
 
Semua bahan, tidak termasuk tempoyak dikisar halus. Panaskan minyak dalam kuali tumis bahan kisar tadi, setelah wangi masukan tempoyak, kacau lagi dan kemudian masukan 'bahan' pilihan', masuk sedikit air dan renih hingga pekat yang kita mahu. Seimbangkan rasa dengan garam dan gula...sebelum terlupa, saya goreng dulu isi kerang dan isi ayam, camna kita goreng bilis kalau buat sambal tempoyak bilis.
 
....dan nikmati bau wangi tempoyak semerbak dalam rumah anda, bisa mengejut sesiapa saja yang sedang tidoq...gerenti bangun depa!
 
 Cicah dengan ubi rebus....sedap tak terkata
 
Sesekali bersarapan dengan menu seperti ini, muwaaahhh, really make your day

1 comment: