dengan sukatan 500g tepung dapat 3 bekas tin bulat ni...saya tidak mempunyai breadmaker, uli guna tangan sendiri je.
Bahan: 500 g tepung gandum
1 1/2 s.b yis segera (bancuh dengan 1 1/2 cwn air + 3 c.t gula) ketepikan
100 g gula halus
1 biji telur ayam gred A
80 g susu tepung
1 c.t garam
50 g mentega (tapi hari tu saya guna 2 s.b minyak zaiton sebab lupa nak lembutkan butter) dan juga saya tidak bubuh bread softener, saja tak bubuh
prosesnya seperti biasa lah tepung, gula halus, susu tepung dan garam saya gaulkan rata. kemudian bentukan lubang bubuh telur dan bahan larutan yis tadi. gaul sehingga semua bahan bersatu dan seterusnya uli shingga menjadi doh yang licin, tidak melekat di jari lagi. biarkan doh naik 2x ganda, lepas itu tumbuk doh...uli2 lagi sebentar dan bentukkan bun. biarkan doh untuk 15 - 20 min lagi dan bakar sehingga keperangan, keluar dari oven sapukan mentega.
dan roti paung ni saya banyakkan timbangan gula supaya boleh dimakan begitu saja (ehh.. bunyi cam iklan roti gardenia la pulak )
si abang > sorry lah ye mak buat roti paung masa abang tak ada....lain kali abang balik cuti mak buat lagi. mak tau abang suka makan roti paung.

No comments:
Post a Comment