Sunday, January 02, 2011

P FOR PISANG = B FOR BANANA

rebus...potong serong2 dan tabur gula....untuk sarapan

sira pisang.......makan petang

Ni le pisang...pisang abu, isi nya berwarna kuning. kalau kita beli di pasar selalu isi berwarna putih kan. masa 'balik kampung' tu hari pegi lah visit rumah kerana penyewa dah nak keluar, nak berpindah tinggal di seberang pulak.. terima kasih lah kerana telah menyewa dan menjaga rumah kami dengan baik...

'ni pisang belakang rumah, tebang tu hari..tak berenti berbuah la kak selama kami tinggal di rumah ni. pak saya pun ambek anak pisang tanam di umah depa (Sg Petani)..'

Tu lah story pisang kali ni..dah bertahun saya tanam pisang ni di belakang rumah saya di PP.. many many years ago saya ke rumah kawan di Sg Petani jugak (Cinta Sayang Golf Resort) so kawan ni offer anak pokok pisang, ambek je le balik tanam belakang rumah...memang pokok pisang ni sentiasa berbuah lebat pulak tandan nya...banyak kali pokok pisang tumbang dek berat tandan buah. dan satu lagi, secara tak langsung rumah saya jadi 'pembekal' daun pisang kat jiran jiran dalam taman perumahan ni...saya pesan kat jiran jiran ambek je daun pisang kalau nak tapi bawa pisau sendiri, tak payah panggil2 minta izin, saya izinkan bila2 masa je depa nak. ye le kadang2 kita tiada di rumah...kesian la depa nak masak, nak buat kuih kena tunggu kita...


No comments:

Post a Comment