Wednesday, January 19, 2011

AIR HALIA PANAS UBAT SAKIT KEPALA

Bukan terletak di Kampung Sireh tapi di Jalan Dato' Lundang, KBharu.....Kg Sireh ialah jenama air halia. dibuka pada waktu malam saja. selain daripada air halia, kuih muih seperti yang dijual untuk sarapan juga ada seperti ondeh-ondeh, bengkang bakar dan beberapa jenis kuih manis yang lain. madu tualang pun ada dijual pada RM35 sebotol. Pengunjung terdiri daripada pak pak yang selesai solat isyak di sekitar masjid dan mussolla. pengunjung lain pun ada jugak. mereka yang muda remaja tak ramai. mungkin tempat sebegini bukan pilihan untuk 'lepaking'...lagi pun (my personal view) anak2 muda ramai yang tak suka 'taste' halia ggini...anak2 saya > kata minuman orang2 tua!!

Saya dah beberapa kali berkunjung ke sini ikut suami 'entertained' teman2 nya yang datang dari jauh kebetulan suka dengan minuman ini...tapi minuman teh halia yang dihidang di sini tidak memberi khasiat yang sepatutnya (lagi my personal view) malah mengundang mudarat bagi mereka yang berpenyakit kencing manis atau yang belum dapat penyakit diabetik > rasanya sangat manis. walau pun order kurang manis order datang tetap manis. kena mintak plain hot water to dilute kemanisannya.

setting dalam kedai biasa biasa je, namun kedai teh halia ni tetap juga menjadi tumpuan penduduk tempatan.

khasiat halia yang sudah tentu umum tahu khasiatnya selain dari bahan diguna dalam masakan

air rebusan halia diminum buat mengubat sakit kepala yang berdenyut2 dua hari lepas.

Alhamdulilah selepas diminum sakit kepala hilang. minum panas2. saya sedaya upaya cuba mengelak dari memakan panadol dan terlalu bergantung pada panadol. Ini lah kali kedua saya minum air halia mengubati sakit kepala. khasiat halia selain daripada baik untuk membuang angin.

No comments:

Post a Comment