Thursday, January 06, 2011

NASI AYAM HAINAN

Nasi Ayam Hainan untuk makan tengahari tadi....dari pagi duk fikir nak masak apa untuk lunch..yang ada dalam fridge sebelah ayam...sayur mayur pun yang ada karot, timun jepun...ada terung dua biji...masih duk berlegar fikir nak masak apa...tapi hati berat mau masak nasi ayam...masak nasi ayam jugakk walau banyak kekurangan bahan....ni semua gara2 'patah kaki', satu kereta masih di bengkel, 'eh Eh Chung..bila mau siap kereta..?'..dah tentu satu lagi kereta huby kena guna nak p kerja, si adik nak ke sekolah, si KK nak ke hospital.

last last nasi ayam jugak lah...nasi ayam 'dhaif'...tiada daun salad, tiada buah tomato, timun jepun pun ok jugak lah, pastu ada buah epal merah, masih dalam plastik takde sapa peduli...teringat kicap pun takde, daun sup bawang pun takde. calling calling huby mintak belikan 2 perkara ni otw nak balik lunch nanti...

dia punn nak lunch....

sos lada....lada hidup merah takde modified guna pes cili kering

salad > hirisan timun jepun dan buah epal> tak penah dibuat orang ooi ma'chiks!

hirisan timun dan epal dihias atas hirisan ayam

Air rebusan ayam dibuat sup....nampak toge kan...daun sup/bawang on the way.. sekarang kalau nak masak nasi ayam saya hanya guna resepi ni sahaja, saya ambil dari FP Naz Rinn Chan. saya rasa ini yang paling best so far, mengikut cita rasa saya dan keluarga dan proses membuatnya tidak tedious...saya tidak minat membuat nasi ayam yang ayamnya direbus kemudian digoreng...malas nak mengemop lantai yang berminyak kesan gorengan ayam...cara saya, ayam rebus tadi saya 'grill' kan dalam oven bagi garing. resepi yang saya tulis atas kertas pun dah nak lunyai

Resepi: Bahan untuk ayam
1 ekor ayam
6" halia segar, buang kulit dan hiris nipis
2 btg serai
2 tsp soy sauce
1 tsp minyak bijan
1 biji timun, hiris serong
1/2 tsp serbuk lada sulah
2 tbsp garam

Dalam periuk besar rebus ayam dengan air secukupnya. masukan minyak bijan, halia, serai, lada sulah dan garam... rebus hingga ayam masak...bila dah masak keluarkan ayam, sejukkan...halia serai keluarkan....simpan air rebusan cukup untuk memasak nasi dan dibuat sup..( kalau ikut resepi, ayam dipotong sedia untuk hidang tapi saya akan gril dulu bagi garing)

Bahan untuk Nasi Ayam
3 cwn beras (saya guna basmathi), cuci dan sejat
1 tbsp bawang putih cincang
2 1/2 tbsp butter
2 tsp garam
6 cwn air rebusan ayam
3 helai daun pandan

Cara: panaskan butter dalam periuk nasi...tumis bawang putih....masukkan beras dan goreng kurang lebih 8 - 10 mins...masukakan air rebusan dan daun pandan dan garam...masak seperti nasi biasa.

Daun sup/bawang hiris dan bawang goreng ditabur dalam kuah sup....

Pernah saya makan nasi ayam hainan, selain dihidang sos lada dan kicap juga dihidang dengan sos halia ( halia yang diblend halus dicampur cuka)

2 comments:

  1. Salam Ma'chiks,

    I dah lama tak masak nasi ayam. Biler blog walking dan biler mata terpandang mcm2 makanan maka perut pun confirm menjadi lapar. Aiiisshhh terpaksa lah jugak minum juice ijau tu utk detoxify....hehehez. Ehhh nanti japs nak mkn roti paun dulu...:D :D

    ReplyDelete
  2. salam Anie, you tentu pakar masak,cuba lah resepi nasi ayam ni highly recommended,mungkin suit ur citarasa or u have other version of nasi ayam, boleh share..?

    ReplyDelete