Monday, February 21, 2011

RAISIN ROLLED OAT BREAD


saya taburkan gula kasar di permukaan roti


Resepi: ma'chiks

2 1/2 cwn tepung gandum (biasa)
1 cwn penuh rolled oat
1 s.b yis segera
50 g gula kastor
80 g susu tepung
1/2 s.t garam
1 cwn air suam
3 s.b buttermilk (boleh lebihkan)
3 s.b minyak zaiton
1 s.b flaxseed
1/2 cwn raisin hitam

Cara
1. tepung, rolled oats, garam, gula dan susu tepung juga flaxseed digaul rata dan bentukkan lubang di tengah

2. terlebih dahulu yis dilarut dalam air suam dan biarkan berbuih

3. tuang buttermilk dan larutan yis ke dalam bentukan lubang dan gaul menjadi berketul2, tambah air suam jika perlu

4. masukan minyak zaiton dan gaul uli sehingga doh menjadi licin dan tidak melekat pada jari, ketika dalam proses menguli ini juga masukan raisin dan sambung menguli sehingga sedia untuk proses proofing.

5. tutup doh dengan cling wrap dan biarkan naik 2 kali ganda

6. setelah itu tumbuk2 doh mengeluarkan angin, uli sebentar dan kemudian bentukkan roti.

7. biarkan lebih kurang 20 min dan bakar hingga masak kekuningan dalam oven yang dipanaskan sebelum

8. sapukan mentega ke permukaan dan sekeliling roti selepas dikeluarkan dari oven

Edit: membentuk> gelek doh empat segi panjang dan gulung seperti menggulung swiss roll kemudian sambung hujung ke hujung membentuk bulatan dan kemaskan supaya bulatan tidak terbuka.


4 comments:

  1. ma'chiksss... oat bread ma'chiks mengoda sungguh..
    bila la... saya boleh kerajinan meroti nie...
    boleh kann ma'chiks saya copy resepi nie... nak cuba buat ler.. tapi x tau bila hekhekhek...

    ReplyDelete
  2. sampai seghu insyaAllah...boleh amek resipi tu tiada masalah, satu kriteria blogging ni ialah sharing.

    ReplyDelete
  3. wah gebusnya roti tu ma'chik...bagus tu byk fiber....ni saya nk tukar ngan kek lemon coklat la ngan roti ni...hehe

    ReplyDelete
  4. alah nieza bestkan kalau kita masak dan boleh tukar2...mesti tak renti2kita meroti,baking dan memasak kan...eei bestnya kita suka lah...

    ReplyDelete