Tuesday, February 08, 2011

1N 1/2 D IN KUALA TRENGGANU DURING CNY HOLS

colorful keropok udang

keropok ikan dan keropok udang

sampai je rumah terus goreng, dapat lah si abang merasa kerana esok paginya dia kena balik Penang

keropok lekor

dari segi selera saya seorang yang hanya 'kayu batu' je saya tak makan, tapi entah kenapa kali ni semacam 'kureng je' sata tapi sangat digemari oleh huby dan anak2

Sata...Sataa atau Satar, tak pasti ejaan yang sebenar

Antara juadah yang menjadi 'kerumunan' pelawat2 dan juga mereka yang balik kampung sempena cuti tahun baru cina..terutama keropok lekor dan kering...semua tempat sama ada di Losong, Kuala Ibai atau di Bukit Tok Beng, Seberang Takir dan juga di Batu Rakit menjadi tumpuan ramai. nak beli jugak kena Q...yang menarik di Bukit Tok Beng kena ambil nombor giliran...sayang sekali saya lupa untuk merakam suasana orang berQ untuk membeli keropok lekor.. saya tidak sanggup untuk berQ kerana kami terpaksa pulang awal...akhirnya dapat juga stok keropok lekor di Kuala Besut, sebabnya tiada Q. kalau q jugak kami tidak berhasrat untuk membeli, lain kali je lah..on another trip?

Di bandar KT sebelum pulang kami menjelajah ke beberapa tempat untuk mencari keropok kering...surprisingly semua tempat ini bertanda 'KEROPOK HABIS'..tempat2 yang tidak bertanda rak2nya kosong...fullamakk, bagusnya bisnes. akhirnya dapat juga 3 bungkus di sebuah tempat di Kuala Ibai...pilihan saya hanya keropok kering 'kuala terengganu made' sahaja.

No comments:

Post a Comment