Sunday, February 20, 2011

MAKAN DI LUAR.......IT'S SIZZILING!

ABC.... air batu campur atau ais kacang. Malaysian signature...sesekali tekak kita pasti rasa 'nak ais kacang' apa lagi kalau cuaca terlalu panas! sebenarnya tidak lah sampai hilang haus jika makan ais kacang ni...cuma selera kita nak yang sejukk, nk rasa rasa manis.....teringat masa kecil dulu ada ais kepal atau air batu kepal iaitu ais yang dikepal bulat dan disiram dengan air sirap/air gula merah dan kita hisap je ais kepal, terasa bibir jadi 'tebal'...ketika tu tak kisah 'tangan' yang mengepal!

sirap bandung beleda hitam berais krim, another Malaysian 'thing'.....jika kita ke luar negara atau ke negara2 jiran yang berdekatan agak2 ada tak kalau nak order...

20 - 25 tahun dulu jika makan di luar masakan sizziling bukan makanan pilihan kita orang melayu...

nasi ayam...jika di mana2 food court di hypermart sekarang kita akan dapati pelbagai menu nasi ayam...kira2 nasi ayam dah melalui evolusi....pilihan saya untuk nasi ayam tetap yang asli

tapi sekarang ni antara makanan pilihan....anak2 kita sudah gemar makanan seperti ini....my former bibik kata 'asing' bagi dia..

Betapa saya berusaha untuk keluarga sekerap mungkin 'having meals at home' tetapi banyak kala jugak terpaksa makan di luar...kalau dah hari2 memasak dan makan di rumah, hujung minggu je cam otomatik nak kena keluar makan...kedua, selera kita selalu nak varieties apa lagi kalu masak asyik2 menu yang sama je...ketiga, saya pulak cuma masak sekali sehari sahaja, iaitu untuk makan tengahari dan lauk pauknya gulai, singgang,sup, sesekali masak lemak,sup sayur,sayur asam, tom yam dan masakan lauk2 ni sentiasa berpusingan jam sebab saya 'kureng' adventurous bab2 memasak lauk pauk, sentiasa terdorong masak yang mudah je dan yang cepat siap...keempat,' strictly' no heavy meals for dinner. bukan saya kenakan undang2 ni tapi memang kami sekeluarga makan apa yang ada je..roti, kuih2, buah2an dan whatever snacks memadai for our 'dinner'....akhir, gaya hidup telah berubah dek sosio-ekonomi pun berkembang dan berubah....masa saya kecik2 dulu mana ada term 'outing' dengan family atau ibu bapa...sekarang ni sikit2 'jom outing'.. kita lah yang mengajak anak2 keluar dan sambil2 tu aktiviti makan lah yang selalu 'on top of the list'...jom try makanan ni, jom try makanan tu, restoran tu best jugak makanannya, orang kata di situ makanannya sedap..., nak makan itu ini hah di situ tempatnya...hidup untuk makan lebih relevan bagi orang2 Mesia.

2 comments:

  1. wah sedapnya tgk sizzling mee tu...memang my fav tu kalau kat msia keluar mkn jer saya selalu order yg itu...best kan dok kat msia..weekend boleh keluar mkn kat luar kat sini msk sendiri jugalah jawapnya..huhuhu

    ReplyDelete
  2. saja je nak bagi nieza terliuq...hehe, usik je, boleh kan.

    ReplyDelete