Friday, February 11, 2011

SAMA..,TAK SERUPA...SERUMPUN, TAK SAMA - sambung

Cara Makan Nasi Timbel - Pak Aji tunjukkan saya bagaimana cara makan nasi timbel, setelah beliau lihat orang tempatan makan...nasi yang digulung dalam daun pisang seperti lemang (tapi pendek dari lemang) dibuka sedikit dan digigit sambil dimakan dengan lauk yang dihidang. (di food court, mall di Jakarta)

Nasi Timbel Komplit

Lauk: ayam goreng/ayam bakar, keropok sayur, sambal lada, salad dan hirisan timun dan tomato. satu ciri yang saya perhatikan ialah nasi 'mereka' tiada lauk berkuah..dan bagi mereka yang suka makan berkuah 'sentiasa merungut'. Ada term 'makan kering' iaitu makan nasi berlauk tanpa kuah

Nasi Timbel yang saya pesan ( di sebuah restoran di Bandung). Daun pisang dibukak dan nasinya saya letak dalam pinggan. Begitulah cara saya makan...tetapi apabila di Jakarta setelah Pak Aji melihat cara orang tempatan makan, dia mengusik saya, 'cara awak makan nasi timbel di Bandung tu salah..'...dalam pic di atas dia menunjukkan saya 'cara makan yang betul i.e suap lauk dan gigit nasi dari dalam daun pisang..' wallahualam

Nasi Timbel > makanan orang Sunda...Di Malaysia sekarang pun ada restoran yang menyediakan makanan Sunda

No comments:

Post a Comment