Tuesday, February 01, 2011

OTAK-OTAK TENGGIRI KUKUS

Yey...otak otak, akhirnya menjadi juga. dah lelama sangat nak makan..tapi yang sodap!..walau pun terpaksa mengukus..sepatutnya yang lebih ummp ialah yang bakar dalam daun kelapa/nyor. Teringat masa kecik2 dulu makan yang Mak Wok jual tepi jalan di Kampung Ladang... Otak2 Mak Wok bagi saya, 'the best ever' yang pernah saya makan...selepas Mak Wok takde (meninggal) tiada lagi 'otak-otak yang sedap'...arwah Mak Wok tak mewariskan bisnes dan 'buatan' otak otak pada sesiapa pun, mungkin kerana kesemua anak2nya lelaki...sayang anak2 saudara perempuan pun tak kisah?? sekurang2nya dapatkan resepinya..? oohh tersangatlah sayang, seribu kali sayang...kerana kesedapannya otak otak Mak Wok sentiasa masuk Istana.

satu ketika penah ke Selangor, kami ke warung makanan laut, kebetulan ada jual..teringin sangat maka beli lah..buka..buka daun kelapanya...hampa selera, otak2nya jenis paste..begitu juga suatu ketika otak otak dijual di Penang, pun jenis paste jugak...kini dalam hypermart pun ada jual yang frozen...tak berani lagi nak membeli takut tidak menepati selera...baru2 ni ke Bandung pun merata papan tanda jualan otak otak...'oh, di Bandung pun ada otak otak'...tapi saya tak terasa nak venture pulak...

Rempah ratusnya: bawang merah, bawang putih, halia, lengkuas, kunyit hidup, serbuk ketumbar dan serbuk jintan putih, kelapa parut dan santan serta tepung jagung...saya tak letak sukatannya di sini sebab 'banyaknya' bahan2 bergantung pada banyak mana kita nak buat, just macam kita nak bergulai...kesemua bahan2 saya blend halus, pastu masukan garam, gula dan juga asam jawa ready made Adabi, masukan santan dan tepung jagung. gaul rata...jangan lupa masukan daun kesum.

Ikan tenggiri...saya guna 4 keping ikan tenggiri untuk dibuat otak otak, 100 g kelapa parut dan lebih kurang 50 g timbangan bawang merah, bawang putih, lengkuah, halia dan kunyit hidup. 2 s.b serbuk ketumbar dan 1 s.b jintan putih. 1 s.b tepung jagung dilarutkan dengan air dan tuangkan santan agak2 1/4 cawan (santan kotak)

Pada mulanya saya berhasrat untuk membakar otak otak tapi memikirkan saya perlu keluar untuk membeli sekurang2nya daun pisang saya batalkan sahaja hasrat....lain kali je lah kalau boleh dapatkan daun kelapa...

No comments:

Post a Comment