Thursday, February 17, 2011

JIKA GILA MEROTI....

kekadang rasa seperti tak serius membuat roti, terutama bab membentuk, suka sangat syok sendiri....thrill

bentuk ni kerana nak perabihkan sosej..

dalam bentuk ni ada 2 batang sosej....

.....topping dengan keju parut

.....dalam 'apple filling' > asalnya buat filling epal kononnya nak buat apple puff pastry. sampai saat posting ni dibuat 'tak menjadi jadi lagi pastry epal tu...'

Teringat lagu Datuk M Daud Kilau...'jika gila judi...', andai kata boleh diubah liriknya menjadi 'jika gila meroti...

Dalam gerobok simpanan bahan2 masakan, ada 1/2 bungkus je lagi tepung. banyak benda dah takde memang banyak benda perlu top up. Walaupun ada sebanyak tu tepung tapi bab ketagih nak meroti ni payah nak lawan, apa lagi jika mood nak buat roti begitu tinggi.

Timbang tepung (saya memang guna tepung biasa je) 200 g, susu tepung 70 g, gula 50 g, 1/2 c.t garam, 1 c.t pelembut roti, 1 s.t penuh yis kering dan 2 c.b minyak zaiton. dan kesemua bahan2 saya memproses seperti biasa membuat roti, gaul bahan, mengguli, proofing double saiz, tumbuk buang angin, membentuk, proof lagi sebentar dan bakar..

Paling gemar bab membentuk, dan sesuaikan dengan bahan filling yang ada...teringat zaman budak2 bermain dengan plasticine...

No comments:

Post a Comment