lain kali nak buat I should halve the recipe...untuk makan 5 orang pun tak boleh habis, kena carry forward to next day....roti beli kedai, ma..
for our dinner recently...idea nak buat baguette tercetus kerana sup cendawan..teringin nak buat sesangat adalah sup cendawan bila terlihat sup ni di facebook my niece-in-law..sungguh mengancam. ingatkan dia buat sup instant rupanya tidak. so tanyalah resepinya dan dia pun dapat from her SIL (my niece)...the recipe below:
1 keping dada ayam
1500 ml air
200ml susu segar/susu kotak
2 ketul kiub ayam
1 tin cendawan butang (dihiris kecil)
garam
secubit aji-no-moto ( I ommit this)
1 cawan tepung gandum
cara:
potong ayam kecil2 > rebus hingga masak. masukan susu dan kiub ayam. masak guna api perlahan. kemudian masukan cendawan. masukan pula bancuhan tepung gandum. kacau hingga pekat. seimbangkan rasa
malangnya, ketika itu saya tidak ada langsung daging ayam apa lagi dada ayam..lauk2 lain pun takde dalam fridge, memang nak kena replenish pun.. saya tetap teruskan plan sup cendawan. saya beritau anak2, 'no chicken flesh' tapi depa jawab nakal, 'kalau bubuh ayam bukan sup cendawan lagi lah..' dalam hati ' ha ah betul jugak' so saya buat sup cendawan tanpa isi ayam...cendawannya saya blend dan sedikitnya saya potong kecil2..instead of kiub ayam saya guna chicken stock granules dan saya tambah 1 sudu besar butter (ganti rasa lemak isi ayam) dan rasa > tetap sup cendawan.
buat baguette pulak, saya guna bahan asas roti but I ommit susu tepung dan guna olive oil, buat cam doh pizza...lazim baguette texturenya tidak lembut kan..