RESEPI
nasi > 6 pot beras siam + 2 genggam beras pulut, cuci dan rendam..kalau nak masak pagi, saya rendam beras pada malam sebelumnya...jika nak masak tengahari saya rendam beras pada awal pagi, jika nak masak petang saya rendam pada jam 10/11am camtu...saya tak guna banyak beras pulut sebab tak mahu nasi dagang saya terlalu 'berpulut'....untuk beras merah saya masukkan juga 2 genggam beras pulut supaya nasinya bila masak nanti tidak akan terlalu 'peroi'..
kukus beras 3/4 masak...keluarkan dan masukkan dalam sebuah bekas..ambil 2 senduk kecil santan dan dilute dengan secukup air dan gaul dalam beras 3/4 masak.sukatan airnya biar terendam beras.gaul rata dan biarkan sebentar untuk 10 minit...kemudian kukus lagi sehingga nasi nya masak...SEBELUM TU: mayang nipis 10 ulas bawang merah dan mayang halus panjang 4 keping nipis halia dan 1 sudu teh halba. ketepikan. santan > simpan dalam freezer (jangan bekukan) sekadar memekatkan santan tersebut.
sejurus nasi masak, masukkan ke dalam bekas. masukan bawang merah, halia yang telah dimayang, halba, garam, gula secukupnya ke dalam nasi yang masih panas itu dan gaul rata. santan pekat tadi masukkan sedikit demi sedikit dan gaulkan rata. sukatan santan bergantung pada lemak yang kita mahukan. sambil itu seimbangkan rasa nasi > masin, manis dan lemak...siap untuk hidang.
GULAI
3 ekor ikan aye saiz sedang > cuci potong 2 or 3 kerat, rebus bersama garam dan 15 keping asam gelugor..boleh letak lebih jika mahu..begitu juga garam kerana ikan perlu rasa lebih masam dan masin..nota: air rebusan ikan diguna untuk masak kuah.
20 biji bawang merah
3-4 ulas bawang putih
20g lengkuas
5g halia
1" kunyit hidup
3 s.b penuh rempah ketumbar serbuk
2 s.b penuh rempah jintan putih serbul
1 1/2 s.b penuh rempah jintan manis serbuk
300g cili kering paste
200ml santan
blend halus kesemua bahan kecuali cili paste dan santan. tumis cili paste hingga garing..kemudian masukan santan dan rebus sehingga pecah minyak.. masukan pula bahan rempah yang diblend..renih dengan api sederhana. masukan gula kabung/manisan..renih lagi..garam tak perlu masuk lagi..masukan ikan yang telah direbus..tambah air rebusan ikan.. (konsistensi kepekatan kuah gulai nasi dagang tidak pekat dan tidak pula cair)
renihkan lagi kuah sambil rasakan masin, masam dan manisnya..sekiranya kurang masam guna asam keping yang ada dalam kuah rebusan ikan...setelah masak kuahnya masukan beberapa biji cili padi/ cili besar...sedia untuk dihidang.
SELAMAT MENCUBA
nota: saya guna lebih kurang 1 kilo santan untuk dibuat kuah dan nasi.
No comments:
Post a Comment