Wednesday, December 29, 2010

KEDAI MAKAN TAK BERNAMA...tapi toke all the way laughing to the bank

hanya hirisan timun yang dicurah air lada....kuah gulai.....dan ayam goreng tapi ayamnya AYAM KAMPUNG...heran ye...orang berpusu-pusu setiap pagi ke sini hanya untuk menikmati hidangan ini...

tiada menu lain....hanya ini yang dijual, tiada lain TITIK. minuman sudah tentu lah ada. kalau tidak susah lah makan takde minum AYAM GORENGnya I tell you....

kenderaan pelanggan parkir sepanjang jalan yang tak berapa nak luas ni..LORONG MERICAN, Kota Bharu. Jika melalui Jalan Telipot ada T Junction antara SIC ( Sultan Ismail College) dan SMSI di sebelah kiri jalan, belok ke kanan...beberapa meter je nampak lah kedai tak bernama ni sebelah kiri lorong...

ini lah 'dapur' nya...biasa lah huby tahu melalui kawan2nya so kali pertama kami ke sini..'mak ooi....'

kedai makannya 'very humble' tapi pelanggannya mengalahkan cafe/kopitiam/restoran yang standard mandard. kebetulan tak perlu tunggu meja kosong. kunjungan kali pertama kena tunggu meja kosong. mula awal pagi.. kami pergi for 'brunch' pada hari tu.... by 11.40am ayam dah habis maka business stop for the day..kesian pelanggan yang datang selepas itu...datang lain kali.

kuali goreng ayam....ayam goreng dihidang panas2..nasi dah dapat, kuah gulai dah dapat, timun dah dapat, minuman pun dah dapat...ayam goreng tunggu sat...dah dapat, tunggu sat > panas!

cicak 'fake' di cermin sinki...semasa 'sesi photoshoot' kedengaran suara pelanggan di sebelah..'semua gambar dia ambek'...mungkin rasa pelik lihat 'aktiviti' saya dalam kedai makan..orang lain sibuk makan dia sibuk ambek gambar..lebih kurang macam tu la kot..

1 comment:

  1. nasi ayam kampung yang paling sedap di kota bharu,sekali rasa pasti terkenang kenangkn kelazatannya.harganya memang tak msuk akal sepingang cuma 3 ringgit,zaman sekarang kita tak akan dapat merasai nasi ayam kampung dengan harga semurah ini.cuba lah baru anda tau kelazatannya....

    ReplyDelete