Tuesday, December 07, 2010

B for BETIK...and P for PAPAYA =

Beli betik untuk makan...tapi terbeli buah yang masih keras walau pun sudah kuning merah..'camna ni..., tanya huby' kerana dia yang mengupas. .ok ok simpan je dalam fridge dulu...esok nanti fikirkan nak buat apa...
suatu hari , sebelum ini pernah pernah merayau rumah MasDunia lihat betik muda dimasak sup air, cam selalu orang masak buah labu air, petola dan lain2 yang sewaktu dengannya...saya sendiri tak pernah terfikir betik muda bisa masak sebegitu sehingga terlihat di rumah Mas itu..so the idea came from her home...tima kasih banyak2..



SOM TAM my version..saya tak ikut seperti yang dijual di gerai2, bubuh kangkung mentah, kacang mentah, kacang tanah goreng pecah kasar. my way apa yang ada je... tapi yang asas ialah air limau nipis,gula, garam...saya blend sedikit ikan bilis goreng tanpa minyak bersama 2 biji lada burung dan biji bijan digoreng tanpa minyak untuk digaul dalam salad nanti. saya omit kacang tanah kerana huby 'gout person'...betik disagat. Seimbangkan rasa masam, manis dan masin..rasa pedas ikut ketahanan lidah masing2.


hidangan yang sangat sihat dan lazat...salad betik muda atau som tam dalam bahasa Thai

dimasak lemak. Bahan: santan, bawang besar potong wedges, isi ikan goreng/bakar dan cili besar merah dibelah dua atau boleh juga 2/3 biji cili burung merah


dimasak sup air. Bahan: 2 biji bawang kecil, sedikit lada hitam dan isi ikan diblend, bubuh dalam air dan rebus. masukan betik yg dipotong...isi ikan, jika ada lebihan ikan goreng/bakar ambil isinya dan perhancurkan...ikan bilis kering atau udang kering juga boleh digunakan...seimbangkan rasa masin dan manis..jika suka boleh je bubuh sedikit chicken stock granules.


semua hidangan dalam pic adalah dari sebiji betik...




No comments:

Post a Comment