Thursday, December 09, 2010

HEALTHY DISH

Suatu tengahari.....O la la

tak tau nama sebenarnya...sort of appetiser. selalu arwah mak buat dulu2..in my younger days. I did asked my elder sister recently...'PECAL' kata nya..as in the pic...Bahannya: isi timun yg keras, buang kulit dan bijinya, disagat. dua tiga biji bawang merah, isi ikan goreng, sikit halia dan sikit lada hitam. kesemua ini diblend bersama....sebiji buah limau nipis untuk diambil airnya. Dan sedikit santan pekat <> 3 sudu makan. CARA: gaul kesemua bahan dan seimbangkan rasa masin manis dan masam.

masak singgang ikan tenggiri.....keep you away from high cholestrol. Bahan, saya ikut cara arwah mak...just few items i.e : 2 3 ulas BAWANG PUTIH dibelah dua, 2 keping ASAM GELUGOR/KEPING, BEBERAPA HIRIS LENGKUAS dan KUNYIT HIDUP about an inch cut into 2 or 3. A dash of chicken or bilis stock granules (optional).....CARA: REBUS KESEMUA BAHAN TADI SEHINGGA MENDIDIH, BARU MASUKKAN IKAN...Cara ini kita akan dapat kuahnya yang jernih...sekiranya kita rebus ikan bersama bahan2nya dari awal hasilnya kuah tidak jernih @ berkelodak..Seimbangkan rasa masin dan masamnya...masamnya adjusted dengan kepingan asam gelugor. Hidang dengan beberapa biji cili padi


version of malay tom yam..?


ulam raja yang ditanam di laman rumah...ekonomi kan, nak makan keluar pintu rumah petik aje..cuci bersih dan hidang....khasiatnya, no debate.

good partner for ulam raja, cili padi yang diblend digaul dengan isi durian ( yang saya frozen )...jadinya bukan tempoyak sebenarnya...selepas digaul rata dua bahan tersebut bubuh 1/2 sudu kecil garam...uummm...mencabar selera.

ikan selar goreng....tak boleh dikategorikan dalam healthy dish. A story told: bagi Orang Kedah takde ikan goreng cam takde lauk, tak lengkap hidangan walau pun dah banyak lauk2 lain untuk makan tengahari or malam... years ago when we visited a friend in Kulim.






No comments:

Post a Comment