Wednesday, December 15, 2010

ONCE IN A BLUE MOON

Nak kata 'once in a blue moon' pun sebenarnya tak juga, sebetulnya 'kali pertama'... suatu hari jalan ronda singgah rumah Mas Dunia ternampak makanan omputih ni..,'nampak sedap'...dan sebelum ni pulak selalu duk fikir camna nak buat brown sauce...

salad kentang hidang bersama chicken chop...ghupenya mudah je buatnya, ghebuih kentang, potong suka masing2 gaul je dengan mayonis pastu gaul bersama parsley kering dan serbuk lada hitam...tapi tu lah saya selalu kalu tak tengok orang lain buat tak terfikir ada nya benda2 camni
tapi Mas ari tu dia tak hidang salad kentang ni dengan chicken chop...salad ni saya terjumpa di satu rumah tapi saya lupa siapa, sorry ye..kebetulan ada kentang saya beli dan sebelum tumbuh cambahnya...

chicken chop--- selalu kalau teringin, makan je di kedai2 makan yang ada western food. tak pula pernah terfikir nak buat sendiri sehinggalah 'ternampak' di rumah Mas Dunia...tetiba je terfikir nak cuba buat

ni lah pertama kali saya buat dan hidang untuk makan tengahari ...anak2 saya kata, 'tau pulak mak buat'...sebenarnya setakat nak buat ayam chop tu takde masalah cuma yang saya tak tau nak buat brown sauce.. dah tau buat sos tu boleh le saya buat lagi...terima kasih Mas D/Duniaku.




No comments:

Post a Comment