tertarik dengan bumbung dan siling 'tikar anyaman'...rekabentuk restoran rumah melayu tradisional mengguna konsep ruang lambur terbuka
puan isteri cikgu..kira tauke jugak lah...soft spoken lady...banyak humour jugak orangnya, lucu and selamba
singge ike ayo
ike kembong bakar tawar dan selar bakar garam kunyit
ulam ulaman... pucuk serai wangi, beko, celor petola antara pilihan...banyak lagi hidangan ulaman tapi takut tak abis kerana kami bertiga sahaja
puan isteri cikgu..kira tauke jugak lah...soft spoken lady...banyak humour jugak orangnya, lucu and selamba
singge ike ayo
ike kembong bakar tawar dan selar bakar garam kunyit
ulam ulaman... pucuk serai wangi, beko, celor petola antara pilihan...banyak lagi hidangan ulaman tapi takut tak abis kerana kami bertiga sahaja
set budu....cara mengadun diajar oleh isteri cikgu..mulanya saya bubuh budu dalam sebuah piring kecil dengan tiga biji lada burung dan sedikit tempoyak tanpa ricihan mangga muda dan hirisan serai tapi isteri cikgu datang bawa adunan budu dalam piring yang lebih besar...'ggini oghe bubuh budu..baru ssedap make'...oo ye ke, tima kasih.
pucuk beko..saya suke sangat sangat...rasa pahit ringan dan lemak lemak gitu
asam pedas ikan patin...saja tak masak hari tu kerana teringin nak makan nasi ulam cikgu
melambak ulamannya, nak rasa kesemuanya tapi apa kan daya...
melambak ulamannya, nak rasa kesemuanya tapi apa kan daya...
pucuk paku dicelur seikat-ikat
...DAN ingin menikmati makan tengahari nasi berlaukkan 1001 jenis ulaman, set budunya ricihan buah pauh muda, hirisan halus serai,tempoyak,cili burung..lauknya yang simple singgang ikan aya (ikan tongkol), asam pedas ikan patin, ikan kembong bakar tawar, ikan selar bakar garam kunyit...tiada lauk mewah2 gulai kawah atau darat, percik merah putih. kalau ada pun yang mewah ialah ayam goreng potongan besar kegemaran anak2...sila ke nasi ulam cikgu di Pengkalan Chepa. Satu lagi di bandar KB juga milik cikgu.
Sungguhpun hidangan lauk pauk dalam kategori healthy dish tapi kalau dah mengadap tu susah nak kawal portion nasi. bertambah je nasinya. tak dapat juga nak berdiet sesiapa yang nak berdiet, punya la berselera, bak kata orang2 tua mentua lalu pun tak nampak..kerana itu walau pun tarikannya sangat kuat saya cuba kurang 'kunjungan' ke situ...
bab harga sangatlah wajar....dan tika membayar btau amek nasi tambah satu, ...'aloh nasi tamboh dok ayoh kigho laa...' ggitu la lebih kurangnya depa...setiap kali kunjungan sentiasa dipenuhi pelanggan pelbagai bangsa.
-advert sosial-
No comments:
Post a Comment