Sunday, March 20, 2011

NASI KERABU LAGI....

pesanan huby ayam bandar bakar

ayam kampung bakar
Asyik tayang nasi kerabu je ye...sendiri buat punya takde. Sejak menjak jadi PR Klate asyik meround cari makanan speciality demo lah. Tambah2 kalau balik dari luar daerah. Sehari dua tu momentum memasak memang nil. Dan hujung minggu pulak 'cuti memasak' (cam cam beri alasan)....sebelum berpindah dulu jap jap buat nasi kerabu, pot luck nasi kerabu, open house raya nasi kerabu, ada je occassion teman2 mintak buat nasi kerabu..
Dua hari lepas bersarapan nasi kerabu. Tempatnya di Telipot, opposite masjid Telipot..a new food court, PokJib Jelira MokTie, walau pun biznes hournya dari siang hingga ke 12 malam namun untuk bersarapan hanya satu gerai je beroperasi selain dari gerai minuman...istimewanya nasi kerabu di sini ialah ada pilihan ayam, iaitu ayam bandar dan ayam kampung. dan masakan ayam pula pilihan Goreng dan Bakar; juga ada daging bakar. Lauk daging2 ni memang kureng 'geng'...
Harga kira okay le....sedap? okay jugak...cuma portion nasiknya sikit sangat...Mam, anak saya kata 'sikit sangat..' dah lah nasi kerabu nya tak berwarna!' Saiz ayam ok je tapi oleh kerana ayam kampung 'kurus-kurus' maka terpaksa la saya dan adik yang memilih ayam kampung kena order xtra ketul...
Sesiapa yang nak makan nasi putih biasa ada pilihan lauk iaitu gulai ayam kampung....lain kali boleh cuba.
Nasi kerabu kini bukan lagi 'poor man's food', 'peasant or pauper's food'....no more. selesai makan pegi kaunter bayar, tu hah bilnya....

No comments:

Post a Comment