Wednesday, March 09, 2011

LAGI..SILAP TERJEMAHAN DAN INTERPRETASI

Oleh kerana last posting tentang tajuk di atas, mengambil peluang ini untuk merekod beberapa peristiwa yang dialami. Sebelum juga peristiwa ini yang masih segar dalam ingatan hilang begitu saja...alasan, 'why not share this light moment' lagi pun blog ni dah wujud...dan untuk anak2 yang disayangi mudahan menjadi ingatan mereka...

1. MAM TAK MAU BURUNG, MAM NAK AYAM

Ketika kami tinggal di Penang, hari Jumaat merupakan hari yang sangat 'pendek masanya' untuk saya. Kerana hari ni huby balik nak makan sebelum waktu sembahyang Jumaat. Saya pula menjemput anak2 pulang dari dua sekolah yang berlainan dan anak2 saya pula lelaki juga perlu bersiap untuk pergi solat Jumaat dengan ayah mereka. Jarang saya masak on this day melainkan nasi. Jadi lauk pauknya beli je. Kalau tidak beli je nasi ayam atau nasi tomato...Jadi sebelum atau selepas mengambil anak, mana masa yang sempat saya singgah lah membeli apa2 yang patut...

So on this one Friday saya singgah dengan 3 anak lelaki saya di outlet Ayamas membeli ayam panggang... Setelah memilih jenis panggang, pembantu kedai bertanya, 'Kak, nak 1/2 bird or 1/4 bird..?' Saya menjawab, ' 1 bird...' Tanpa disedari rupanya anak lelaki ke - 2 saya mendengar terus dia berkata, 'Mak, Mam tak nak burung, mam nak ayam..' Sambil menahan 'perut' saya berkata pada anak, 'ya...ya kita beli ayam'


2. 'MANA SETAN...MANA SETAN'

20 tahun dulu di Penang, orang di sini sering berkata ini, 'if you can drive in Penang, you can drive anywhere in the world'...situasi di mana 'drivers or motorcyclists' sangat robust and most time brutal handling their machines. Kalau motosikal tu sentiasa zap zup zap atas jalan masuk keluar simpang...so my mr huby at that time, ye lah masih 'muda', anak2 masih kecil, selalu je bila menghadapi robust drivers motorcyclists keluar je dari mulut perkataan "setan" dan tekan horn kereta...

Suatu petang hujung minggu kami anak beranak drive santai masuk kampus bawak anak2...tiba2 saya ternampak bos saya nak masuk keretanya di tempat parkir pusat pengajian. So untuk acknowledge nya saya kata kat huby, 'horn bang, tu bos saya..' maka huby pun bunyikan horn kereta...

Tetiba keluar dari mulut anak saya (Mam, tika tu baru nak masuk 3 tahun) , 'AYAH, MANA SETAN...MANA SETAN AYAH..' . Saya dan huby tidak menjangka sama sekali anak sekecil itu sebut sedemikian....

Terkedu kami dibuatnya...since then huby tak pernah lagi tekan horn dan menyebut setan...rupanya anak kecil ini 'merakam dalam otaknya' apa yang sentiasa didengarnya, dalam kes ini kaitan 'bunyi horn' dan sebutan 'setan'.......



3. ANAK ANGKAT

Kisah huby suatu pagi hujung minggu menelefon kawannya, MrMedan... Tika itu saya disebelah huby.... Sejurus tu , huby berkata pada saya, 'eh, bila pulak MrMedan ni ada anak angkat..'

Saya: 'betul ke bang, camna you tau..'.

Saya: '..'lelaki perempuan?'

Huby: 'perempuan'....anak tu yang cakap.

Saya: 'anaknya (mrMedan) dah 5 perempuan, tak kan ambil anak angkat perempuan lagi...' 'kalau ambil anak lelaki tu logik lah jugak, ...hairan!

Huby: ' tu lah yang hairan...'

Selepas beberapa jam, MrMedan return call.

Huby: ' hang ada anak angkat ke..'

mrMedan: 'takde lah.., tadi masa hang call aku driving, nak ke pasar, Wani yang jawab..'

Saya bertanya semula huby camna kisah dia boleh conclude 'anak angkat' tu...rupanya masa dia call mrMedan, Wani tu menjawab, 'ni anak angkat...ayah bawak kereta.'...yang si anak Wani pulak tak pass fon pada ayahnya...huby pulak 'ok lah bitau ayah pakcik call...'

Wani menjawab call membahasa dirinya 'anak (to mrMedan) yang angkat' > jawab...mungkin itu cara dia menjawab panggilan dari telefon ayahnya.

Huby pulak interperate 'ni anak angkat' sebaliknya..., iaitu anak yang menjawab call memberitahu dia anak angkat!...(gelak sakan le kami...dah jadi bahan just for laugh! gayanya..)

No comments:

Post a Comment