Monday, February 28, 2011

ASAM PEDAS DAN SAYUR ASAM

Asam pedas dory fillet

Bahan: bawang kecil, bawang putih, serai, lengkuas, halia, kunyit hidup, belacan > diblend. Cili kering kisar/cili boh, rempah serbuk ketumbar, jintan manis dan jintan putih. Kesemua bahan ditumis hingga pecah minyak. masuk air asam jawa dan air secukupnya. dah mendidih masukan ikan dan daun limau purut. seimbangkan rasa manis dan masin...pada kebiasaanya asam pedas kalau ada daun kesum, bunga kantan boleh dimasukan tetapi saya selalu takde bahan2 ni. Kebetulan ada bubuh je...

lauk pauk tak perlu banyak....berkuah, kering dan sayur atau ulaman...sambal sudah tentu kena ada or if not, budu lah..

Penemuan baru saya - sayur asam (dek terpengaruh menjak menjak ke Indon)....Bahan: air asam jawa, hirisan bawang besar dan didihkan air, pastu campakan sayur2 kegemaran. Seimbangkan rasa masin dan manis...janji sedap, mudah dan cepat.

Sebenarnya segan nak pamerkan lauk pauk masakan harian saya. Antara sebabnya, seperti dalam posting yang lalu pernah saya nyatakan bahawa saya tidak lah seorang yang suka meneroka hal-hal lauk pauk. Hari2 asyik masak lauk yang sama je, kalau tak bergulai, asam pedas, ikan singgang atau bertomyam...janji yang cepat dimasak je..untuk makan tengahari asal ada semata yang berkuah, ikan goreng atau bakar/ayam goreng, sayur mayur banyak kalanya kami suka ulam-ulaman yang bukan saja berkhasiat tapi saya tak perlu masak!

Kalau nak makan percik, sesekali rajin lah buat tetapi selalunya akan ke 'pakar percik'
atau beli ready-made dan masak je nasi..sesekali datang angin monsoon masak lah nasi ayam, nasi dagang, nasi beriani, nasi mandhi, nasi kuning bebagai...

Tapi HARI-HARI tu le pusingan menu yang cepat dimasak!> tanpa rasa bersalah langsung

Juga sebelum ahli rumah 'berdemo' kerana asyik masak singgang je kena lah berasam pedas, tambah si adik kalau ada lauk asam pedas je 'senyum memanjang', makan nasi bertambah dan gemar nasi banjir dengan kuah asam pedas. Bagi dia hari hari asam pedas pun takpe, tak jemu tak bosan. Ada kuah lebih simpan esok pecah telor dalam kuah pun orait bagi dia, janji asam pedas. Kuah boleh hirup lagi...

HOME MADE STRAWBERRY JAM

Buah strawberi 2 pek setiap satu berat +- 200 g

setelah sejuk 'testing' bagi merasa kesedapan jem buatan sendiri....sedap, lazat!

tiada bahan pengawet


Hasil jem sebotol ini

Buah strawberi di'puree'kan, dikacau dengan 200 g gula pasir dan perahan 1/2 biji limau nipis. Kacau sehingga pekat yang dikehendaki

Jem buatan sendiri sudah tentu memberi suatu kepuasan diri....

Sunday, February 27, 2011

Ya, ada lagi..SAMA, TAK SERUPA..SERUMPUN TAK SAMA

Lauk pauk masakan Minang bersusun dalam pinggan

Semua jenis lauk pauk yang ada akan dihidang...kiraan bergantung pada lauk yang 'luak'...dari segi pilihan memang 'spoilt for choice'...lauk pauknya emmm semuanya memikat selera

agaknya apa yang nak ditunjukkan pada gambar (pic atas)....

Cara mereka sentiasa menghidang air teh suam...teringat masa belajar tahun akhir melawat melawat Bukit Tinggi dan Padang seorang teman mengomel 'asyik2 air teh, dia orang ni takde air lain ke..? sebenarnya teman ni nak air suam, air putih/plain water.

daya kreativiti - membalut sudu makan dengan serviette....lucu bila seorang 'rakan perjuangan' bertanyakan apa ke benda dalam balutan..dia ingatkan 'kuih'

baru jumpa gulai....kebanyakan orang kita kalau tak berjumpa lauk bergulai beberapa hari rasanya tak lengkap je makan nasi..ada yang kata 'tak kenyang makan nasi kalau takde lauk gulai..'

ooh I like this....sambal ijo, sambal guna lada hijau segar ditumbuk bersama bawang kecil dan sedikit 'iblis' (ikan bilis) ditumis dengan minyak...sesuatu yang berbeza kan...

sambal bilis pedas berpetai - masakannya simple tapi rasanya kelass ggitu


yang ini pun...fuhhhh..kena belajar buat nih..cara buat seperti sambal ijo tadi dan bahan2 yang nampak dengan mata kasar iaitu ikan kering kecil, lada hijau segar, ubi kentang. sudah tentu bawang kecil juga dimasukan..ya tak?

Best among the best...gulai tetel or urat or kateh?. Jadi rebutan di kalangan kami..dan gulai cara minang ni tak seperti gulai kita di Malaysia...

ayam bergoreng lada ijo

seakan percik...bagusnya mereka guna ayam 'kurus-kurus' so kurang le segala lemak tepu

(foto2 di atas antara lauk pauk yang sempat disnap)

Masakan minang or padang paling dekat dengan masakan di Malaysia. Bahan masakan yang paling utama digunakan ialah lada atau cili merah/hijau segar.

Teman2 seperjuangan tak banyak mengomel pada waktu makan bila dijamu dengan lauk pauk minang sebab ngam dengan selera tekak masing2...Pak Aji berselera je makan kerana ada 'lauk berkuah'

Di Malaysia banyak restoran2/kedai makan yang menyediakan masakan minang/ padang.

Jika di Penang berkunjung lah ke Transfer Road. Kalau di Selangor, di bandar Kajang dan Hulu Langat. Jika di KL, daerah Gombak dan Setapak...

SAMA..,TAK SERUPA...SERUMPUN, TAK SAMA - ada lagi???

Sayur asem (asam)....lauk berkuah selain sup ikan....makanan Sunda

nasi timbel komplit...

bersama ayam bakar atau ayam goreng

nasi goreng


makan tengahari di food court sebuah mall di Tanah Abang, Jogja...

indahnya hidangan dalam bakul leper...sambal di dalam daun pisang yang dibentuk oblong...di Malaysia kini pun ada kedai2 makan yang menghidang makanan menggunakan bakul seperti ini...bagusnya jimat daripada menggaji seorang pencuci pinggan.

Saturday, February 26, 2011

JOM TENGOK 'BAKING' INDONESIA

kuih2 tempatan Indon

kuih2 tempatan Indon

brownies kukus penuh dengan taburan grated cheese

hot item.........brownies kukus


bentuk pastri sebesar ini belum pernah saya lihat di kedai2 bakeri di Malaysia


jenis ini biasakan ada di tempat kita...

bentuk pastri sekecil begini memang biasa dan ada di bakeri outlet Malaysia


Kali pertama berkunjung ke Bandung, Indonesia tahun 2010 Brownies kukus antara item yang menjadi kegilaan 'rakan seperjuangan' membeli belah. Saya hanya menjamu mata dan kagum ketika di bawa ke outlet bakeri Kartika di sebuah mall..memang rambang mata melihat beratus2 jenis kek dan brownies, pastri,roti and what not... namun saya tidak juga membeli kerana bimbang terlebih berat barang pesawat.

Kali kedua kunjungan ke Bandung pada awal tahun yang baru lalu pun dibawa ke kilang bakeri dan seperti biasa 'rakan seperjuangan' tetap gila membeli segala kek brownies kukus untuk dibawa pulang..namun saya tidak juga membeli dan itu pun baggage saya ngam ngam 19.7 kg.

Sewaktu 'rakan perjuangan' masing-masing sibuk berbelanja brownies kukus bebagai saya pulak terkagum dengan pastri bebagai...menjamu mata jugak lah sambil merakam foto2nya...insyaAllah jika berpeluang lagi berkunjung ke sana saya akan 'allocate' kelayakan kilo pesawat untuk berbelanja hot item bebagai nih...

Tuesday, February 22, 2011

TEPUNG BOKO DAN BEKO

tepung boko dalam daun pisang....sedap, lemak manis sederhana

beko ubi kayu...pun best gak, lemak dan manis cukup2 je

beko....

Suatu pagi merayap-merayap untuk mencari ikan (tapi malas nak ke pasar) maka terjumpa 'pasar runcit'. di sini ada menjual ikan-ikan dan juga sayuran dan ulaman..selain itu ada juga rempah ratus,kicap, kunyit halia bawang dan lain keperluan memasak gitu...tapi tempat ini tidak lah taraf kedai runcit...selain itu pasar ini turut menjual kuih muih sarapan pagi..selesai bayar ikan dan sayuran terlihat lah 'benda2 yang berbungkus' di atas meja di suatu sudut.....kata Lady Boss, 'bungkus daun pisang tepung boko dan bungkus kertas, beko..50 sen satu..' okay lah so ambik la 4 bungkus, 2 beko 2 boko

Boko > Talam = Tepung boko = Tepung talam
Beko > Bingka

Monday, February 21, 2011

RAISIN ROLLED OAT BREAD


saya taburkan gula kasar di permukaan roti


Resepi: ma'chiks

2 1/2 cwn tepung gandum (biasa)
1 cwn penuh rolled oat
1 s.b yis segera
50 g gula kastor
80 g susu tepung
1/2 s.t garam
1 cwn air suam
3 s.b buttermilk (boleh lebihkan)
3 s.b minyak zaiton
1 s.b flaxseed
1/2 cwn raisin hitam

Cara
1. tepung, rolled oats, garam, gula dan susu tepung juga flaxseed digaul rata dan bentukkan lubang di tengah

2. terlebih dahulu yis dilarut dalam air suam dan biarkan berbuih

3. tuang buttermilk dan larutan yis ke dalam bentukan lubang dan gaul menjadi berketul2, tambah air suam jika perlu

4. masukan minyak zaiton dan gaul uli sehingga doh menjadi licin dan tidak melekat pada jari, ketika dalam proses menguli ini juga masukan raisin dan sambung menguli sehingga sedia untuk proses proofing.

5. tutup doh dengan cling wrap dan biarkan naik 2 kali ganda

6. setelah itu tumbuk2 doh mengeluarkan angin, uli sebentar dan kemudian bentukkan roti.

7. biarkan lebih kurang 20 min dan bakar hingga masak kekuningan dalam oven yang dipanaskan sebelum

8. sapukan mentega ke permukaan dan sekeliling roti selepas dikeluarkan dari oven

Edit: membentuk> gelek doh empat segi panjang dan gulung seperti menggulung swiss roll kemudian sambung hujung ke hujung membentuk bulatan dan kemaskan supaya bulatan tidak terbuka.


.........GETAWAY......smetar jah


Ku..... berposing

Minden ku.....

zzzzzzzzzzzz.............


smetar jah > kelantan dialect --> sebentar je

LAGI LAGI SINGGANG...

mackerel...tak tau sama ada Jepun ke Norway ke mari...dari mana ia tetapi belinya di tesco


'Mak please la, tadok lauk lain ke nak masak..?' gamaknya camtu le anak2 duk mengomel diam2. 'buat lah asam pedas ke, gulai ke.., sambal tumis ke..' Tapi mak dia senang bersinggang je..cepat dimasak, cepat dimakan. satu lagi kononnya singgang ni bagus untuk mereka yang berkolestrol tinggi...kalau yang berlemak hari2 memburukkan lagi masalah kesihatan, tak begitu...kelmarin mak bersinggang jugak ye..ha ah, dah ada ikan tongkol, tu antara ikan yang sesuai dibuat singgang...singge! singge!

Sunday, February 20, 2011

MAKAN DI LUAR.......IT'S SIZZILING!

ABC.... air batu campur atau ais kacang. Malaysian signature...sesekali tekak kita pasti rasa 'nak ais kacang' apa lagi kalau cuaca terlalu panas! sebenarnya tidak lah sampai hilang haus jika makan ais kacang ni...cuma selera kita nak yang sejukk, nk rasa rasa manis.....teringat masa kecil dulu ada ais kepal atau air batu kepal iaitu ais yang dikepal bulat dan disiram dengan air sirap/air gula merah dan kita hisap je ais kepal, terasa bibir jadi 'tebal'...ketika tu tak kisah 'tangan' yang mengepal!

sirap bandung beleda hitam berais krim, another Malaysian 'thing'.....jika kita ke luar negara atau ke negara2 jiran yang berdekatan agak2 ada tak kalau nak order...

20 - 25 tahun dulu jika makan di luar masakan sizziling bukan makanan pilihan kita orang melayu...

nasi ayam...jika di mana2 food court di hypermart sekarang kita akan dapati pelbagai menu nasi ayam...kira2 nasi ayam dah melalui evolusi....pilihan saya untuk nasi ayam tetap yang asli

tapi sekarang ni antara makanan pilihan....anak2 kita sudah gemar makanan seperti ini....my former bibik kata 'asing' bagi dia..

Betapa saya berusaha untuk keluarga sekerap mungkin 'having meals at home' tetapi banyak kala jugak terpaksa makan di luar...kalau dah hari2 memasak dan makan di rumah, hujung minggu je cam otomatik nak kena keluar makan...kedua, selera kita selalu nak varieties apa lagi kalu masak asyik2 menu yang sama je...ketiga, saya pulak cuma masak sekali sehari sahaja, iaitu untuk makan tengahari dan lauk pauknya gulai, singgang,sup, sesekali masak lemak,sup sayur,sayur asam, tom yam dan masakan lauk2 ni sentiasa berpusingan jam sebab saya 'kureng' adventurous bab2 memasak lauk pauk, sentiasa terdorong masak yang mudah je dan yang cepat siap...keempat,' strictly' no heavy meals for dinner. bukan saya kenakan undang2 ni tapi memang kami sekeluarga makan apa yang ada je..roti, kuih2, buah2an dan whatever snacks memadai for our 'dinner'....akhir, gaya hidup telah berubah dek sosio-ekonomi pun berkembang dan berubah....masa saya kecik2 dulu mana ada term 'outing' dengan family atau ibu bapa...sekarang ni sikit2 'jom outing'.. kita lah yang mengajak anak2 keluar dan sambil2 tu aktiviti makan lah yang selalu 'on top of the list'...jom try makanan ni, jom try makanan tu, restoran tu best jugak makanannya, orang kata di situ makanannya sedap..., nak makan itu ini hah di situ tempatnya...hidup untuk makan lebih relevan bagi orang2 Mesia.