Monday, September 12, 2011

BIRYANI MASALA

Masak nasi biryani namun lauknya tetap ada elemen 'mengelat' kerana lauknya....

lauknya ayam panggang black pepper Ayamas....beli je, tak payah susah2 nak goreng ayam safe lah sikit tenaga dari kena mengemop lantai dek percikan minyak goreng.
dalca version tersendiri. tidak menggunakan kacang parpu tapi merebus kiub2 ubi kentang dengan rempah kari babas dengan sedikit isi dan tetulang ayam. Sayuran masukan terung, kacang panjang dan kiub carrot dan yang nampak tu ialah cili padi hijau. Masa rebus tu saya masukan kayu manis sepanjang jari manis saya....mayang bawang kecil saya goreng hingga kekuningan dan jirus dalam kuah parpu....pastu renih hingga masak. kalu ada daun kari lagi bagus.

Memasak nasi saya ikut steps seperti yang tertera pada kotak rempah..namun berasnya saya rendam 20 minit kemudian saya masukan beras ke dalam air mendidih biar separuh masak kemudian toskan beras dan masukan ke dalam rebusan rempah bersama beberapa potong ayam. Walaupun tiada dalam saranan 'steps' saya potong kiub 2 biji buah tomato segar dan 2 helai daun salam kering semasa merebus rempah biryani masala.

Bila dah dimasukan beras kacau sebentar bagi meratakan beras dan rempah, tutup dengan kain atau kitchen towel yang bersih sebelum ditutup dengan penutup periuk. masak dengan api yang sangat kecil (saya masak di atas dapur gas, tidak mengunakan electric cooker).

4 comments:

  1. td kk p bli beras basmati 1kg, rempah pilau biryani n pilau masala tp bkn jenama shan.brand lazaa kot klau x silap. n bli 1 kotak faluda jgk. dh siap to bring home bln 1 nnt iAllah. hehe dh siap awal2

    ReplyDelete
  2. beras beli 1kg lekat celah gigi je..

    ReplyDelete
  3. Bli 1 dlu nnt pgi lg kdai tu nk bli lg.packing beras 1kg,1kg lg snang dlm luggage n nk budget berat beg.beras byk2 nmpk mcm sludup beras pulak hihi

    ReplyDelete
  4. macam seludup beras siam kat border kelantan tu...pastu p juai kat wakaf che yeh.

    ReplyDelete