Penah tengok rombongan2 cik Kiah kalau melawat ke negeri Pantai Timur, benda ni lah yang diborong. bendanya memang ringan tapi bulky. kiri kanan tangan duk menjinjit beg plastik besar berisikan bungkusan keropok kering bawa naik masuk bas.
Tiga tahun lepas ada seorang pakcik tu, saya namakan Pak H. satu hari saya bawa 2 anak lelaki gunting rambut di rumahnya, bukan gunting dalam rumah. dia bina bangunan kecil tepi rumahnya...dah pencen dia buat kerja gunting rambut. satu sebab, selain mengisi masa, dia kata dia suka bersembang. jadi bila pelanggan datang sambil menggunting sambil le bersembang...nape lak saya yang bawa anak2 p bergunting, bukan ayah depa? ayahnya dah berpindah negeri setahun awal. saya kena stay back dulu sebab ketika tu anak saya sorang exam upsr dan sorang pmr...si abang ikut ayah sebab dia tak terlibat apa2 exam tika tu.Pak H sambil gunting rambut anak2 saya pun bercerita,..' saya baru balik dari Trengganu. sebulan di sana. dijemput satu Yayasan untuk ajar Tai Chi (sifu tai chi le pulak ghupenya..) tapi saya tak faham lah cara orang sana makan..' kata Pak H. penasaran jugak la saya. 'hidang nasi goreng ada keropok keping, hidang mee goreng ada keropok keping..hidang bihun pun ada keropok keping..kalau tak ada nasi, mee,bihun goreng pun ada keropok kering gak, cam tak leh tinggal aje hidangan keropok keping ni..' menceceh Pak H pada saya...' pelik lah bagi saya..' kata Pak H lagi. sambil senyum tu saya kata kat Pak H, ' okay lah tu, mungkin stail/cara depa makan camtu...
Ni pulak kisah housemate saya masa bujang dulu...orang Trengganu. setiap kali balik kampung memang wajib le bawa balik stok keropok keping..suatu malam, ' alah rasa nak makan keropok lekor la..' katanya pada saya. saya pandang dia, dia pandang saya..'jap jap, nak ke dapur lah..' pastu saya tengok dia duk di meja makan. rupanya dia makan ' keropok kering yang direbus '!!! no wonder lah semasa saya di bilik atas bau semerbak je...(bau rebusan ikan)
No comments:
Post a Comment