Monday, January 31, 2011

GONG XI GONG XI FA CHAI

suatu perubahan pada bentuk tepung bakul....


Salam semua...agak lama juga tak berposting. Gara2 banyak berjalan, banyak kerja tertangguh, terdue..dah ada di rumah kena lah beres-bereskan banyak kerja perkara ditambah pula badan yang kurang segar sejak balik dari Jakarta berapa minggu yang lalu..baru2 ni ke Penang sampai je dan malam tu terketaq2 demam dan sengal2 badan lagi...puncanya mungkin kerana kurang rehat, perubahan cuaca pelbagai la kot..

Buah limau, tepung bakul sangat sinonim dengan perayaan tahun baru cina..sempat juga menziarah jiran dan teman2 dari kaum Cina. bawa sedikit buah tangan sempena sambutan perayaan mereka, dan seperti biasalah dapat buah limau dan tepung bakul. cuma kali ini tepung bakulnya berbentuk ikan emas, kalu dak cam biasalah bentuk bulat dalam daun pisang tepung bakulnya.

Buat semua yang menyambut perayaan ini saya sekeluarga mengucapkan SELAMAT TAHUN BARU CINA....juga buat jiran2 saya dan teman di Penang > Mr Yee & keluarga, Mr Pak & keluarga, juga Mr Cheah & keluarga, Ms Ng, Ms Tan and the group di AMC. Terima kasih atas segala pemberian hamper tahun baru termasuk angpow untuk anak2 saya.

No comments:

Post a Comment