Monday, January 31, 2011
YOUR TASK, LIKE IT OR DON'T...U HAVE TO...
GONG XI GONG XI FA CHAI
Salam semua...agak lama juga tak berposting. Gara2 banyak berjalan, banyak kerja tertangguh, terdue..dah ada di rumah kena lah beres-bereskan banyak kerja perkara ditambah pula badan yang kurang segar sejak balik dari Jakarta berapa minggu yang lalu..baru2 ni ke Penang sampai je dan malam tu terketaq2 demam dan sengal2 badan lagi...puncanya mungkin kerana kurang rehat, perubahan cuaca pelbagai la kot..
Buah limau, tepung bakul sangat sinonim dengan perayaan tahun baru cina..sempat juga menziarah jiran dan teman2 dari kaum Cina. bawa sedikit buah tangan sempena sambutan perayaan mereka, dan seperti biasalah dapat buah limau dan tepung bakul. cuma kali ini tepung bakulnya berbentuk ikan emas, kalu dak cam biasalah bentuk bulat dalam daun pisang tepung bakulnya.
Buat semua yang menyambut perayaan ini saya sekeluarga mengucapkan SELAMAT TAHUN BARU CINA....juga buat jiran2 saya dan teman di Penang > Mr Yee & keluarga, Mr Pak & keluarga, juga Mr Cheah & keluarga, Ms Ng, Ms Tan and the group di AMC. Terima kasih atas segala pemberian hamper tahun baru termasuk angpow untuk anak2 saya.
Tuesday, January 25, 2011
'KENDURI' LAKSA DAN LAKSAM
Garam sering dihidang bersama laksa laksam, tapi hirisan cabai burung dihidang 'atas permintaan khas'...mr huby komplen kurang pedas
Cabai kering kisar digaul dengan belacan, 'kena ada' bila makan laksa laksam...jika tiada 'rasa' makan laksa laksam tak 'complete'
timun dan taugeh...kalau makan laksa laksam yang dibeli, 2 jenis ulam ni lah yang dibubuh, ada lah dua tiga urat...betul2 tak puas hati
Kuah merah atau kuah masak....totally alien to Kelantanese but not for Johorean and Trengganunite or Trengganuan??
kuah lemak atau kuah putih...kelatanese have this gravy for both laksa and laksam. also the Ganu people but the Ganu have another choice of kuah for laksa i.e kuah merah/masak, just like the Johorean but they have it with spaghetti not laksa, and kuah putih is totally alien to Johorean, am I right?...or correct me if my facts is wrong.
Laksam...gitu gak, beli aje...kuah buat sendiri
Sebenarnya memang 'malas' kalau nak buat kuah sendiri. Kalau nak makan tu memang banyak gerai yang menjual laksa laksam ni, boleh beli je dan terus makan. tak payah nak susah2 buat kuahnya yang very time consuming, beli ikan, cuci, pastu kena rebus/bakar pastu kena peghisi, buang tetulangnya, kena haluskan pulak isi ikan, tumbuk ke blend ke..pastu sedia rempah ratus bebawangnya, kiranya banyak lah prosesnya...ini bab kuah...bab ulamam pulak, taugeh nak kena buang ekornya, timun nak kena sagat, dedaun pucuk nak kena hiris halus2, kiranya memang tedious dan mengambil masa lah..
faktor tak puas hati kalau makan yang dibeli, kuahnya yang tak ikut selera tekak, ulamnya yang tak banyak, ada kalanya ada kuah dan laksa laksamnya je, adalah seurat dua taugeh. so sebab alasan tu le sesekali terpaksa jugak 'sendiri buat' kalau dah memuncak keinginan nak makan laksa laksam yang rasanya 'agak sempurna' menurut tanda aras selera 'diri'
dan pada hari tersebut sebenarnya merancang makan laksa laksam untuk sarapan..ting tong ting tong sendirian di dapur bila dah siap untuk makan, tengok jam..'mak datuk'... dah pukul 12.40pm...sarapan apa jam waktu ni.... dah duduk makan kira brunch lah..
Bahas tentang laksa, yang mana gemar tak gemar...semua laksa, be it laksa utara, laksa selatan, laksa pantai timur, bagi saya kesemua laksa kesemuanya saya gemar. all time favorite kiranya..dari segi rasa setiap laksa ada keunikan masing2..saya suka laksa kuala perlis, laksa teluk kecai, kuala kedah, laksa penang. laksa siam pun sedap!..tapi laksa sarawak belum dapat rasa yang genuine lagi...penah rasa sekali di kafe kek rahsia yang terkenal, kononnya laksa sarawak but the taste make me 'dislike' the laksa. tapi I know the taste is not the real laksa sarawak...ooh tidak lupa juga laksa perak/laksa kuala kangsar. laksa nyonya..? boleh tulis satu buku bab2 laksa nih...

Monday, January 24, 2011
HOME MADE PAPAYA JAM
No preservative...no food colouring. and rasanya uummm, 'yummylicious' and 'puas hati' buat sendiri, buatnya pun mudah!
kandungan jem: buah betik, gula pasir, jus limau kasturi dan tepung jagung
Saya puree buah betik, tuang secukup gula ikut manis yang diinginkan, jus 5 biji limau kasturi. Boleh juga guna jus lemon (kebetulan saya tiada stok lemon) Kacau sehingga sebati dan masak hingga gula hancur dan bahan agak likat dan kemudian saya masukkan 1 sudu besar (rumbu) tepung jagung dan kacau lagi sehingga jem kelihatan berkilat. Kelikatan bergantung pada kehendak masing2.
Pada kebiasaan sukatan gula mengikut ratio 1:1 ( 1 mangkuk puree buah: 1 mangkuk gula )

NANGKA MADU...NANGKA MASTURA...NANGKA...emm lupa
SARAP...DI PASAR BORONG WAKAF CHE YEH....part 6
Sunday, January 23, 2011
SARAP...DI PASAR BORONG WAKAF CHE YEH....part 5
SARAP...DI PASAR BORONG WAKAF CHE YEH....part 4
SARAP...DI PASAR BORONG WAKAF CHE YEH...part 3
APA BUDAK TU DUK BUAT KAT BAWAH TU...?
Keluaq Tesco, nengok kanak2 pompuan tu duk bawah rak dalam kedai jual CDs...ntah apa dibuatnya. lama gak duk peghati dia gitu..atau pun dia duk tengok poster Justin Bieber kat bawah tu kot...
Sambil tu duk tunggu si abang (t-shirt hijau epal) dan si adik (t-shirt dark blue) memilih2 untuk membeli cd kegemaran. 'cepat abang, jom balik..'
Subscribe to:
Posts (Atom)