Friday, September 30, 2011

LAGI-LAGI CHOC CHIPS oohh ma'chiks...!

...'never get bored one maa'

Ye lah, dah buat dah photoshoot dan nawaitu pun untuk buat posting so kena teruskan jugak lah..buat choc chips ni untuk si abang bawa balik kampus pada 11 september tu hari, setelah 4 bulan lebih bercuti akhir semester. Hah lama tu sampai keboringan duduk di rumah, cuma yang dia happy kali ni dapat berpuasa di kampung. Tapi gimana pun pe'el abang ni nak balik je kampus mesti datang 'blues'nya.

Berbalik citer choc chips ni, kali ni saya masukan serbuk koko dan chunk orange chocalate. Resepi tetap yang satu yang saya gunakan seperti di bawah;

1/2 C butter
1/2 C dark brown sugar
1/2 C granulated sugar
1 egg
3/4 tsp vanilla essence
1 1/8 C flour
1/2 tsp baking soda
1/2 tsp baking powder
1/2 C chopped nuts (any of ur choice)
1 C semi sweet choc chips
1/3 C rolled oats (optional)

Method:
If using rolled oats blend with some chocolate chunk. Keep aside.

1. Cream butter, gradually add the 2 sugars, beating until light and smooth. Beat in egg and vanilla essence.

2. Mix flour, salt and baking powder and soda, plus 1 Tbspfull of cocoa powder (in this case), sift, and then add into the cream mixture by 2 or 3 addition of this dry ingredients.

3. Stir in the blended rolled oats + choc chunk, choc chips and nuts and blend well using wooden spoon or spatula , get all ingredients incorporated.

4. Drop the cookies by using spoon of your choice or ice-cream scoop onto the baking tray, make sure line with 2" apart. Bake for 10 - 12 mins.

(source from my recipes collection)



Thursday, September 29, 2011

GERMAN COOKIES

tabur manik gula tu sebab ada dalam fridge, lebihan buat hantaran tempoh hari...manfaat apa yang ada je


Bila buka beberapa blog nampak depa buat biskut ni dan memuji2 kesedapannya, serta berterima kasih kepada sumber resepi yang diperolehi termasuk Rima, CMG. Penyakit lupa datang lagi dari blog mana saya menyalin resepi ini. Sangat lupa untuk mencatatnya dan saya memohon maaf.

Oleh kerana 'mata' melihat biskut ini seperti sedap bangat, maka penasaran lah (pengaruh indopek), datang dorongan untuk mencuba, tambahan dalam gobok ada stok potato starch, dan stok butter pun ada ditambah dengan sedikit sifat 'rajin' and 'mood' ada...dua faktor yang perlu ada walau pun bahan2 kuihnya ada, tanpa kedua Rajin dan Mood sukar juga 'menjadi' cookies ni.

Testimoni: sememangnya SEDAP, RAPUH. Jika makan sekeping, nak lagiii, susah nak berenti tapi terpaksa brek juga kerana sayangkan body...beringat2 beb nanti tambah kilonya!
Di bawahnya resepi tapi saya gandakan bila membuat hari tu...

125 g butter,soften
40 g icing sugar, sift
1 tsp vanilla essence
125 g potato starch
80 g cake flour/ plain flour
* may add nib almond 1 cup (saya tak bubuh)

Method: Beat butter and icing sugar till light and fluffy. Add in the essence. Sift in the potato starch and cake or plain flour.. Using spatula mix to form a soft dough. If mixture appears too soft and wet to shape, chill in the fridge for 10-15 mins...Roll dough into small ball, arrange on the baking tray and press lightly with a fork (dip fork in the water to prevent from sticking)...Bake for 12 - 15 mins.

Wednesday, September 28, 2011

DEEP FRIED BEANCURD ROLLS

...setelah digoreng, dipotong dan sedia untuk dimakan

ghupe kulit fucuk nipis yang telah direndam air. rendamnya sekejap sahaja,sekadar bilasan ia akan lembut so jangan rendam lama2,deh..

buh inti ditengah2...

yang telah siap dilipat, lapik bekas dengan kitchen towel untuk keringkan kulit sebelum digoreng

sedia untuk digoreng.....sebelum itu nak citer pasal membeli kulit beancurd yang udah berpekan-pekan tapi disimpan saja, takde membuatnya..ingat nak buat tak penah nak jadi. Ketika tu pikir dia punya filling seperti filling popia lah....penah makan sekali lama dulu di sebuah hotel. Tu pasal bila ternampak je kulit ni di hypermart tu terus je ambik cam lah konfiden nak membuatnya...tapi simpan aje berbulan-bulan lamanya. Setiap kali bukak gerobok nampak je kulit tu tak berjamah tiap kali tu lah rasa 'bersalah'... Suatu hari duk menghabiskan masa blogwalking tersinggah sebuah rumah iaitu Jane's Corner dan secara tak sengaja jugak ternampak resepi rolls beancurd ni, apa lagi teringat kulit yang dibeli dalam gobok tu dah lama sangat dah, so ni lah peluangnya. Rupanya inti dia tak lah seperti menyediakan inti popia tu, alahai mujur tak buat dulu...

So jom kita tengok gimana resepinya, kut sapa sapa nak acu cuba try;p

400 g minced chicken flesh
200 g prawn*
1/2 onion*
30 carrot*
6 water chestnut*
Chinese pastry*
* all chopped

Seasoning: 2 tsp light soy sauce, 1 tsp salt, 1 tsp mixed spice/5 spice powder, 1 tsp white pepper, 1 tsp sugar, 1 Tbsp oil, 1 Tbsp cornstarch.

2 big pieces beancurd skin, soften in water, wipe off the water, cut into 15cm x 18 cm ( saya potong dulu pastu baru bilas,lembutkan, lebih mudah)

Method: Mix all ingredients (except the skin) in a bowl, mix well until thick and sticky. Put aside for 1 hour or more.

Put enough marinated filling in the centre of the skin sheet and roll it up. The skin is well sealed even without using the flour gum.

Heat oil for deep frying. Fry till golden brown and crispy.

S E L A M A T M E N C U B A

Tuesday, September 27, 2011

...no birthday cake BUT BIRTHDAY NASI KUNYIT

"Selamat Harijadi...selamat harijadi...selamat harijadi ayahandaku sayang" ggitu lah gamaknya dinyanyikan anak2 jika semua ada di rumah hari ni..tapi nak buat camana kan...anyhow ayah tetap menerima birthday wish dari anak2 dan menantu menerusi sms...thank you all.

Nasi kunyit dihias dengan telur dadar yang diperwarnakan merah

....cuma mak, si adik dan ayah je yang ada menyambut birthday ayah,huhuhu. Banyak lagi tak abis, nampak gaya kena carry forward juadah tu sume...

Birthday Nasi Kunyit huby....Happy Birthday to you my dear,doa panjang umur murah rezeki dan hidup kita diberkati Allah swt. Sentiasa syukur ke hadrat Mu ya Allah atas segala kurniaMu pada kehidupan kami sekeluarga.Alhamdulilah.

Juadah iringan, nanti cerita dalam next posting....apam gula hangus pemberian pihak katerer yang membekal makanan tengahari pada bengkel projek yang huby anjurkan siang tadi.

Sunday, September 25, 2011

'POTLUCK' JAMUAN RAYA


Kek buah untuk jamuan raya pusat pengajian huby. Bila huby sebut je takde pikir panjang buat je kek buah and potong siap-siap.

Selamat Berjamuan Raya...

Friday, September 23, 2011

DARE YOU, NASI PINK!

Biar betul....ada ke nasi warna 'samor' (pink)? ishk..ishk...nostalgia zaman kanak-kanak. Yup,tika itu sohor lah kenduri kawin makan nasi minyak warna pink...makan pagi makcik2 menjual nasi minyak warna pink berlaukan gulai ikan tongkol. Kiranya dapat makan nasi minyak ggini cam dapat makan nasi biryani gam Batu Pahat lah.

Habis puasa enam shawal tu hari saya sambut raya enam. Rajinkan diri buat nasi dagang. Jemput sepasang kawan huby, dan yang lain2nya adik beradik dan mana2 anak saudara dia yang ada tak kemana. Takde lah ramai sekadar meneman meraikan raya 6 yang tak diumum oleh pemegang mohor YDP Agong.

Nasi dagang habis. Lauk gulainya dan sedikit acar masih berbaki. Esoknya memanfaatkan lauk yang masih ada saya masak nasi minyak untuk makan tengahari. Ahad hari keje di sini. Huby balik awal untuk lunch sebab kul 3 ada kuliah...si adik jam 5 ptg baru balik dari sekolah. Sampai rumah dah tentu lapar, bukak je periuk nasi, 'makkk...nasi apa niii...kenapa warna nii...' Story lah sikit2 kat dia sejarah nasi minyak samor ni...

Thursday, September 22, 2011

TART NENAS PENGHUJUNG SYAWAL






Saya buat dua hari yang lalu. Cadang nak buat sebelum raya tapi masa tidak menyebelahi saya. Jem nenas dah lama saya buat duk hibernate dalam fridge. Baru ni bila blogwalk rumah DJ tengok tart nenas yang dibuat cukup cantik dan gebu, terdorong lah diri ini nak membuat seperti yang DJ buat,bentuk buah nenas yang digunting dipermukaan.

Bila seru dah datang saya menyedia lah bahan2 nak buat pastry tanpa merujuk mana-mana resepi pun, walaupun ada dalam simpanan. Malas nak buka kitab2 resepi.

Maka saya sukat 150 g butter, 100 g marjerin, 100 g gula aising, 2 biji telur kuning, 1 c.t esen vanila. Tepung yang saya sangai dulu disukat 500g.

Standard lah dikrim dulu butter dan gula asing sampai kembang, pastu masukan telur kuning,esen V bila dah serata maka dimasukkan pula tepung. Pakai masuk je lah...(disaster) tup tup terasa keras doh, so stop lah masukan tepung.

Bila nak membentuk seperti yang DJ buat tak boleh,doh agak keras. Pastu cubalah nak baiki doh supaya lebih lembut saya masukan minyak sayur dan marjerin bagi lembut sikit doh tu. Godeh punya godeh ok lah sikit namun tak dapat juga membentuk seperti cadangan asal. Pastu ubah saya gentel dan buat seperti dalam pic di atas namun ia agak sukar nak membentuk, bila disepit doh asyik pecah...last2 saya keluarkan acuan tart, tekan2 doh dalam acuan ok lah pulak.

Bila dah siap bakar bila makan takde lah pulak pastri tu keras ketung, rapuhnya cair dalam mulut bila makan...so lain kali nak buat kena lah bukak kitab ikut resepi betul2. Janji jangan berputus asa..dan happy lah dapat juga merasa tart pada raya ni walau pun dah di hujung syawal.

Tuesday, September 20, 2011

RUMAH TERBUKA RAYA KE-5

Eggless, moist chocolate cake

kek buah

Manisan Turki yang dibawa balik KK

saya namakan 'bilis golong pastri' ...di dalam ialah sekor ikan bilis

pemberian biras, wpun nampak 'tak moden' kuih ini tapi sedap loh, tak terkira. Terima kasih daun keladi Kak Mi, lain kali beri lagi...

bukan biskut makmur atau arab, butter cookies berperisa lemon permintaan khas si abang..self-made

biasa lah choc chips yang sentiasa saya bikin...

Cookies Jejari Badam dan popia nestum pemberian kawan terlupa lah nak buat photo shoot session. Terima kasih Ruzi. Nampaknya takde lah kenangan untuk rekod kedua2 cookies tersebut. Raya tahun ni memang takde berbalang2 kuih raya yang saya sediakan kerana menghabiskan masa membuat kek2 buah tempahan

NASI BIRYANI, AYAM GORENG DAN DALCA, ACAR BUAH BEREMPAH (tiada pic?? ooh no!)

Jamuan raya untuk adik beradik suami pada hari raya ke-5. Cuma ini yang mampu saya sediakan sesuai dengan saya seorang sahaja 'tenaga kerja'. Kek buah dan kek coklat telah disediakan sebelum raya lagi. Cookies raya cuma dua jenis saya sediakan, yang lainnya ialah pemberian kawan dan ipar duai...jamuan raya yang tersangat ala kadar.

Monday, September 19, 2011

EGGLESS MOIST CHOCOLATE CAKE


Raya gift untuk ipar duai

Untuk diri sendiri ( anak2 tanya, 'untuk rumah takde ke...asyik buat untuk orang je..)

Order khas dari biras

penuh dengan taburan manik dan parutan coklat oren....last minute punya kerja sebelum balik kampung


Bahan2 : 3 C tepung, 6 tbsp cocoa powder, 2 C gula kaster, 1 s.t bicar soda, 1 s.t esen Vanila, 1/2 s.t garam, 12 tbsp minyak sayur, 2 tbsp cuka , 2 C air sejuk fridge

Cara: Ayak semua bahan2 kering ke dalam bekas. Bentukkan 3 lubang (well). Masukkan setiap
lubang; minyak, cuka dan esen V. Kemudian perlahan2 tuang air sejuk ke dalam dan kacau rata. Dengan menggunakan mixer adun bahan hingga ia menjadi batter yang ringan. Tuang ke dalam acuan yg dilapik kertas gris. Bakar hingga kek masak.

Ganache: Kacau cocoa powder dan gula asing dengan secukup air suam. (timbangan, saya cuma agak2 banyak mana yang saya perlukan)

Sunday, September 18, 2011

CHOC CHIPS & FRUIT CAKE

Kek seorang sebiji ye...



Buat untuk KK bawa balik ke Ireland, juga for her other half in UK yang tidak beraya di Malaysia. KK balik cuma 10 hari untuk berpuasa di tanahair dan pulang semula ke sana 5 hari sebelum raya...moga tahun hadapan dapat beraya di tanahair. Her 6th year not with us for puasa and raya.

BEEHOON

Siap diatur buah kurma, buah tin dan keropok keping di dalam pinggan menunggu azan maghrib

Take a break from berbuka dengan nasi dan lauk pauk setiap hari...selalunya gorengan beehoon juga penyelesaian saya menyediakan juadah berbuka. Kegemaran semua ahli rumah. Apa lagi bila dimakan bersama keropok keping goreng, bila dimakan 'merepuh-repuh' bunyi kunyahan keropok. Bekas isi keropok berpusing-pusing di passing seperti main kerusi magik.


Thursday, September 15, 2011

AKTIVITI 'WAJIB' MEMBELI SEPANJANG RAMADAN

Ayam Panggang Ayamas almost every other day due to its hygienic factor


Apabila dah jemu nasi putih dan lauk pauk ayam panggang dan percik....resort to nasi kerabu. Lada solok, lumayan jugak dehhh..

Ayam percik, RM6/ketul tapi one piece tentu tak cukup,every time kena beli 4 ketul. Tapi masa berbaloi dari segi masa dan tenaga...malam selepas berbuka boleh berterawih dengan aman.

Ayam Pusing....hanya 2 kali sepanjang bulan puasa; not so favourable, not spicy enough to our tastebud. 2nd time beli cos we were late home for berbuka, the stall just on the way home, beli je lah.

Si Abang's favorite - ikan keli tak kira lah goreng ke, bakar ke, percik ke asal ikan keli cam kambing panggang bagi dia.

Ikan selar percik di pasar Ramadan, tawakkal...sekiranya sedang dipercik panas2 tunggu jugak walaupun mengambil masa lama sebab laporan dalam akhbar2 banyak makanan di pasar2 ramadan banyak yang tercemar...


Ikan cencaru dan ikan keli bakar....

....Ramadan Al-Mubarak sehingga ketemu lagi, dengan izin Allah SWT.