Tuesday, May 10, 2011

NASI LEMAK

Kebelakangan ni kehidupan saya perlu 'adjustment' terutama hidupan rutin. Sebelum ni ahli rumah 'have me' sediakan makan tengahari, baking cakes and roti for them, try masak kuih muih so on...but since April I need to be away on and off..So stock groceries apa yang ada sahaja. No ikan segar, no ayam, no vege dalam fridge. bila baru balik maklum je lah letih je la alasannya, namun saya cuba sediakan makanan dengan apa yang ada...

So masak nasi lemak the next day after I came back home..bila check apa yang ada, sudah tentu lah beras, telur, ikan bilis, santan kotak, cili boh, bawang, frozen fish bar, what else..? oh timun, suh huby p beli di kedai runcit berdekatan..daun pandan di laman

Sambal tumis fish bar

Photoshoot dengan kamera dah baterinya kong, terpaksa guna hape (handphone)

Walaupun masak pada awal pagi but we had this for brunch..reason, it was weekend so after solat subuh semua nak enjoy tidor plus me, selesai masak masuk bilik teruskan mimpi indah yang belum ada penyudahnya.

Nasi lemak yang saya masak hari tu lasted us for dinner...best kan, makan nasi lemak all day long. Harap tu tak ada sapa yang obese kerana makan nasi lemak sepanjang hari seperti yang diwar-warkan oleh satu kementerian dan media siar secara meluas baru2 ni. Banyak pula bahasannya,hehe.

No comments:

Post a Comment