Thursday, May 12, 2011

LONCHONG....jangan salah sebut ye.

Jenuh jugak memikir cara depa membuat loncong ni kerana ada isi dalamnya...kalau cendol boleh lah bayangkan cara buat tapi cara buat lenchong ni takde clue langsung. Dan menurut penjual di pasar ramadan lonchong ni datang dari Siam (selatan Siam?)...kena import juga lonchong ni...makannya kenyal2 lincin ggitu. tak sempat kunyah lama ia terus gelongsor masuk anak tekak...

Kali pertama makan pada bulan puasa tahun lepas. Terus jatuh cinta pada manisan ni. Kalau ikut penjual di pasar ramadan tu lonchong ni dibubuh dalam minuman sirap.

Kelmarin pulak ke pasar nak belikan ikan2 dan ulam-ulaman ternampak lah di satu gerai akan lonchong ni, murah RM1.00 sahaja sebungkus. Tanyakan makcik penjual tu okay ke kalau dibubuh dalam santan cam makan cendol, tapi kata makcik ni lagi sedap dimakan dengan susu cair. So itu lah hasilnya. Oleh kerana susu cair tu tawar saya bancuhkan dengan gula kastor dan titikan 1 sudu esen vanila. Kemudian sejukkan dalam fridge...apa lagi makan di musim panas sekarang ni, aduhh sejuk anak tekak.

1 comment: