Monday, October 10, 2011

AKHIRNYA MENJADI JUGAK

Alhamdulilah akhirnya menjadi jugak setelah beberapa kali COBAAN... kebetulan si Mam balik bercuti, sukanye diaaa...dan suka makan apa2 je janji dapat makan! yang dia tak suka makan...sayur, ulam-ulaman, buah2an pilih-pilih je yang dia suka..

Makaroni bakar yang 'menjadi'....pic ini hasil dari pomen pic bawah yang tidak menjadi.

Makaroni bakar yang tidak 'menjadi'. Sebelum ni penah cuba buat tapi tak jadi...pastu lupa je lah tak cuba cuba buat (citer jaman kirung)..baru ni ada baca komen Shin, anak inesen tu, rupanya dia pun punya pengalaman yang sama.hehe, kesian dia. Faham perasaanya. Memang memasak ni memang perlu 'hands-on' kata omputih. Kekadang tu walaupun ada tunjuk step-by-step dengan gambaqnya pun tapi sukar jugak nak 'compute'...sebelum tu pengalaman saya penah kawan dia 'story' je cara dia buat, saya cuba buat 'tak menjadi' gak...

Berbalik citer makaroni yang tak menjadi tu...bila dah masak saya pun nak lah memotongnya, tapi makkk oooiiii dia 'GHELAI' ghupenya..Buatnya pada suatu petang, ingatkan nak buat untuk sarapan esok paginya. Bila dah tengok 'condition' makaroni tu, pujuk lah diri 'cool, cool', take it easy..' pastu pikior-pikior...besok nak pomen je makaroni tak jadi tu...cari logiknya, ghupenya sangat lah senang, tak jadi tu sebab tak cukup cecairnya jahh..(susu, telur, cream soup whatever..) Teknik tak betoi...

Maka Shin..anak inesen tu buat je macam nak buat bread puding tu...cuba buat sikit dulu. Rebus makaroni tu, toskan. Buatkan perencah daging atau ayam cincang. Ambik cara yang paling mudah iaitu tumis daging/ayam cincang dengan sedikit bawang cincang dan masukkan rempah kurma secukupnya, garam & gula seimbangkan rasa. Tak perlu masukkan air renehkan sehingga kering....pastu gaulkan daging/ayam cincang nih bersama makaroni tadi. Kalau ada herba keringan seperti oregano ke, parsely ke, dill ke gaulkan sekali dalam makaroni tadi... Bahagian cecair pulak sediakan susu, telur, 1/2 sudu makan tepung gandum ,cream soup (jenih2 mushroom soup ke yang jual kat kedai tu pun boleh guna) dan kesemua ini dipukul dengan sebati dengan menggunakan whisker. SEBELUM itu sediakan bekas (casserole), sapukan dengan minyak pilihan pastu taburkan dengan tepung. Taburkan sedikit keju parut pada dasar bekas.

Dah selesai semua masukkan makaroni dalam bekas dan tuangkan bahan cairan, kacau2 sikit supaya kedua2 bahan ini rata....Jangan Lupa tabur keju parut pada permukaan makaroni dan tomato sos/kalu ada tomato puri/spagheti sos ke...cam dalam pic tu..

Bakar lah sehingga masak....

Sukatan memang tak suka nak sebut kat sini kerana saya sukat banyak mana yang saya nak buat je...

Jelas ke Shin...?

No comments:

Post a Comment