Monday, October 31, 2011

SPAGETI, BEBOLA AYAM, SOS PASTA

Slurrrpp tapi bukan mee segera....sesekali tukar selera makan tengahari

spageti

Sos pasta buatan sendiri......bawang besar dipotong kiub, ditumiskan. Sos saya guna pasta sos Kimball dan campur sedikit tomato puree. Tumiskan sekali bersama bawang kiub tadi, pastu masukan air rebusan bebola ayam, tambah air lagi jika ingin kuah lebih, sedikit lada hitam. Untuk memekatkan saya masuk 100ml whipped Cream...juga potongan kiub buah tomato segar. Seimbangkan rasa2 yang sepatut dirasai - masin,masam dsbnya...Sukatan saya agak2 je sesuai dan cukup untuk saya 4 beranak

Bebola ayam - saya gunakan ayam kisar jenama Ramly dicampur secukup tepung jagung, stok ayam kiub Knorr, sedikit biji sagu, pastu sedikit garam dan lada hitam tumbuk. Gaul serata sebati......sementara itu didih air, gentel bahan2 tadi sebesar mana yang kita mahu dan masuk ke dalam air didih. Udah timbul angkat camna kes buah melaka/onde-onde

Saya cincang sedikit daun parsely dan masukan dalam bahan bebola ayam

BUDI PADA TANAH

Ubi kayu isi kuning yang ditanam tanah sekakang kera di halaman depan rumah, huby penanamnya

Hasil yang dituai.....alhamdulillah

Setelah dicuci dan dibuang kulit

Direbus

Dipengatkan @ diserawakan

emmmm, enak!!!

ITS FAKE,BLUFF OR WHAT EVER TERM EQUIVALENT

Kira pulut cicah serunding je lah..

Hasilnya memang BUKAN lemang...output yang mengecewakan. Lain kali beli je, dak?

Memang tak pernah melemang....cuba melemang dengan cara begini, nasihat pada diri sendiri, 'tis not the way' pun. Teringat seorang kawan dia melemang dengan membalut pulut kemas2 dalam daun pisang..pastu bakar dalam oven, pulutnya dikukus dulu..

Monday, October 24, 2011

BUAH DOKONG

rasanya yang sangat manis...

Hasil musim ini tak dapat membagi-bagi....

Hasil dari kebun sendiri. Namun musim ini buah2an iaitu rambutan, apa lagi durian dan buah dokong dikira 'tidak beberapa menjadi'...namun tetap bersyukur dengan hasil buah dokong dari 4 batang pokok hanya sepokok yang berhasil walau pun tak selumayan berbanding tahun lalu.

MADE FROM UBI KELEDEK/UBI STELE

cayaq gula....senyuman yang manis, sudah tentu


CIK MEK MOLEK

'senyum lah...senyum lah alahai cik mek molek'

ala donut

KUIH KERIA

inti sebenar sepatutnya menggunakan kelapa parut, tapi saya tiada stok kelapa parut. Apa yang ada ialah sambal kelapa nasi kerabu yang saya bekukan yang saya goreng dengan udang hidup dan ubi kentang....

CUCUR BADAK


Rezeki ubi keledek. Dapat 'hadiah' dari biras, ada lah dalam sekilo lebih ubi keledek isi kuning. Banyak hari jugak le ubi2 duk dalam plastik bag bawah sinki. Berdiri je kat sinki tu nampak je ubi tapi tak buat apa2...

Pastu terfikir lak lama2 tak dibuat apa2 nanti rosak pulak ubi2 tu, tidak pun masuk angin. Sayang, membazir nanti pemberian orang. Lantas rebus je ubi2 tu. Bila dah sejuk kupas buang kulit2 , pastu simpan lagi dalam fridge...eh, suka lah keje bertangguh!

Lepas tangguh bertangguh, maka rajin kan diri membuat kuih muih dari ubi2 tersebut pada hari yang berbeza. Terpaksa sebab kuantiti ubi agak banyak untuk ahli rumah seramai 4 orang ketika ini.

Bahan2 cuma ubi yang dilenyek lumat dan campuran tepung gandum. Tiada sukatan khusus tepung, saya agak2 je campuran tepung dan lenyekan ubi janji ia boleh membentuk.

Selesai semua senang hati....

Thursday, October 20, 2011

KHOBIZ MOHALA (SWEET ROUND BREAD)

something different....

atas dipenuhi dengan bijan..dan harum dengan penggunaan air mawar. Jika tiada air mawar titis dengan esen ros pun boleh

Kali ni buat roti stail keAraban ....terjumpa blog Arabic Bites melalui blog MamaFami. Terima kasih, sesuai dengan pepatah 'jauh perjalanan luas pemandangan..' sesapa yang memang minat dan suka meroti disarankan membuat kunjungan blog ini...keunikan roti2 nya roti 'flat bread'.. dan rotinya banyak yang menggunakan bahan2 buah kurma, sesuai dengan tempatnya pengeluar buah kurma...selain dari kurma dimakan begitu saja seperti biasanya, banyak makanan2 mereka menggunakan buah kurma sebagai salah satu bahan masakan.

Resepinya:-

5 1/2 C all purpose flour
1 1/2 C wheat bran ( tak punya tika saya buat)
1 Tbsp yeast
1/2 tsp baking soda
1/4 C sugar
1/3 C date molasses#
A pinch of saffron soaked in 2 Tbsp of rose water
1 C pitted dates soaked in 1 C of boiling water (let it cool before using)
3/4 C water

Toasted sesame seeds

@In a small bowl mix together:-
2 Tbsp boiling water
2 tsp sugar
1/2 tsp baking soda


Making dough:- mix all ingredients, knead dough for 10 mins. Place in a bowl, cover, let rest for 1 hour. Divide dough into 16 pieces, shape each into a small ball. Flat each ball to make a flat round square, then brush each with the mixture @
Make indents with fingertips. Sprinkle with sesame seeds. Place on baking sheets, cover. Let rise for 30 mins. Bake at 350 deg C for 20 mins/golden brown

#Making date molasses# 1 C pitted dates, 1 C water, Food processor

Bring pitted dates and water to boil in a saucepan for 5 - 10 mins/soft and plumped. Remove mixture from heat and cool slightly. Transfer into a food processor and pureed until a thick syrup forms.



LEMPUK DURIAN

lazat...

Dalam perjalanan balik dari satu kenduri, gerai2 tepi jalan kelihatan tompok2 buah durian. Ada gerai yang banyak buahnya, ada yang sikit mungkin bergantung pada perolehan buah2 durian dari kebun, dari pembekal...

Kami berhenti satu gerai...tengok, belek, pilih buah durian. Selonggok RM10 untuk 5 biji bersaiz sederhana. Sambil tu terlihat sesuatu dalam bungkusan plastik tergantung dengan tali rafia...lempuk rupanya. Satu plastik kelihatannya seperti dodol, tapi kata pekedai lempuk durian yang dikacau dengan gula merah? biar betul...satu bungkus lagi berwarna seperti dalam pic atas tu...'orang kampung yang buatnya..' bila ditanya..'tak campur..' ulas pekedai...so ambil lah satu bungkus berat 1 kilo dengan RM15...murah kan, kalu nak buat sendiri dengan prosesnya, fuuh. Memang berbaloi beli, sememangnya lempuknya pure..tiada campuran tepung, hanya gula dan isi durian yang dikacaunya mau berpercikan peluh dan lengoh2 tangannya...

Monday, October 17, 2011

CHEESE CAKE

terbukti tiada rekahan

Topping blueberry filling dan base cake lebih 'comel'

uummm yummy tapi tak leh makan banyak2 ye...

Topping Soured cream perisa lemon. Base cake 'tak comel', tak kemas

Guna acuan bukan spring form sebab saiz kek kecil, guna cuma 1 buku cream cheese. Hanya acuan spring form 9 '' yang ada. Lagi pun yang ini testing version.

Dah lama sangat terpendam nak buat kek keju ni...dalam jarak 1 minggu 2 kali buat. Yang pertama buat saiz yang kecik, kedua kali yang pic atas. Hasil yang buat kali ke-2 lebih baik dan sangat gembira dengan jadiannya.

Sebelum nak membuat tu jenuh buat blogwalk nak cari yang directionnya mudah dan bahannya tak complicated. Cari punya cari jumpa satu blog yang resepinya semua 'the best' buat segala kek...kek karot, kek buah, kek coklat....termasuk lah the best cheese cake, as claimed. So 'study' lah resepi2nya terus mengambil keputusan membuatnya..ya, tak susah seperti yang saya sangka. Jom tengok resepinya di bawah;

Dari blog Cake Baker

225 g digestive biscuits (oleh krn pengalaman kali pertama buat basenya tak kemas saya pun modified campurkan 1 C biskut + 1 C tepung + 1 tbsp koko serbuk digaul dgn butter cair)
50 g butter
700 g cream cheese (saya guna 2 buku jenis futura)
225 g caster sugar
3 eggs
1 tsp vanilla essence

Direction:
Pre-heat oven 150 deg C. Shelf in the middle of oven

Prepare the base crumbs

Whisk the cheese, eggs and sugar together until you have a smooth mixture

Add vanilla essence and pour the mixture onto the crumbs (oleh kerana saya buat modified version saya bakar dulu sebentar. Tekan kemas crumbs)

Bake for 30 mins (saya ambil masa 1 jam tapi 30 mins untuk kek saiz kecil) by which time should only be just a hint of wobble about the center. Turn the oven off, leaving the cheese cake inside to completely cold. If you leave the oven door ajar during this time you cake will have a creamier, less dry center. It also helps prevent cracks forming.

Then refrigerate for at least 2 hours before removing the cheesecake from the pan

Soured Cream Topping

200 ml soured cream
1 tbsp caster sugar
2 tsp lemon juice

Mix all together and spread over the cheese cake. Refrigerate for 8 hours before serving. If you can't wait that long, serve with fresh strawberries. (kalau tidak buat sapuan filling pilihan)

Yang best resepi ni tak perlu nak asingkan telur kuning dan putih....

Sunday, October 16, 2011

ACAR BUAH BEREMPAH

Popular malah signature orang utara terutama di Pulau Pinang...memang hidangan mesti ada pada majlis kenduri kawin. Bulan puasa kalu memang banyak la dijual di pasar2 ramadan atau di rumah2 pembuatnya yang lazimnya pembuatnya turun temurun dalam keluarga.

Selalu teringat pada arwah bapa mertua yang sangat menggemari acar buah. Setiap kali ramadan saya akan beli untuknya...

Dan bagi mereka yang bukan pemakan atau tak biasa dengan acar buah berempah ni, isunya ialah 'tak gheti makan'....saya cuba perkenalkan acar ini pada adik-beradik dan orang sekeliling saya, ada yang mencuba dan suka, ada yang tak suka makan pada buah tangan yang saya beri ni, lepas tu kata, 'oh, boleh lah makan..', ada yang menolak terus sebab lidah tak pernah rasa acar ni, ...'acar mentah/jelatah tu 'biasa lah..' Pada kakak jiran sebelah bila saya hulurkan acar buah berempah ni, 'hah suka, dah lama tak makan..' sebab dia dulu pernah tinggal di utara, 'selalu lah makan' katanya...

untuk dibuat buah tangan

Musim anak2 masuk universiti saya menerima tetamu dari Penang yang merupakan keluarga teman anak saya . Mereka datang menginap di rumah dan membawa buah tangan 2 bungkus jeruk buah pala campur...hah nengok buah jeruk tu dalam kepala saya dah berkira2 nak jadikan acar berempah. Lagi pun dah lama takde stok. Dulu semasa tinggal di Penang boleh lah beli, bila2 masa je ada stoknya..

Resepinya saya catat kemudian, mata dah meronta-ronta minta tidur....no wonder dah hampir jam 1 pagi. Minta diri dulu. Selamat Pagi. Salam.


Saturday, October 15, 2011

SAMBAL BELACAN

Bahan2 standard: cabai merah besar, sikit cabai burung, belacan - goreng tanpa minyak/bakar, air asam limau nipis, gula, garam dan sos tomato/cili sos pun boleh jugak. Gini lah bahan2 sambal belacan saya.

Dah tak kuasa menumbuk dalam batu lesung, orang sekarang termasuk saya guna je blender jap je siap. Dah tu buat banyak-banyak simpan dalam botol ke, bekas plastik cap apa2 pun , simpan dalam fridge, nak makan bawa keluar....abis buat stok lagi.

Ibu penyelera time makan nasi...ada ulam, ikan bakar/ayam , lauk gulai, kuah lemak...apa-apa yang sesuai yang sewaktu dengannya....lagi pedas lagi sedap.


SIMPLE AS ALWAYS

mudah dan berkhasiat

new found dish - gulai telur itik

Sebelum ni kalau beli telur memang telur ayam je...tak penah terfikir tentang telur itik dan tak pernah nak membeli tetelur itik. Tapi selalu nampak di kedai2 makan depa masak gulai telur/masak lemak kuning telur dan bentuk telur tu cantik elok berbentuk...pastu penah cuba pecah telur dalam kuah gulai/kuah lemak tapi telurnya agak hancur terutama telur putihnya (guna telur ayam).....dah tu baru terfikir tentang telur itik....

Suatu hari huby ke sebuah kampung dengan abang dan kak iparnya atas suatu urusan so dia citer lah kak ipar dia beli telur itik dekat dengan tempat mereka berurusan...hah, saya pun tanya kenapa tak beli untuk saya...sebab setahu huby saya tak penah masak apa-apa lauk guna telur itik!

So next trip atas urusan yang sama dia pun belikan telur itik tu untuk saya...25 biji for RM10/-....maka kala2 takde stok ikan/ayam, tetelur itik ni dapat lah jadi lauk pauk bidan terjun.

BUKAN TEH O


Our greatest problem with water supply....selain kerap putus bekalan air, ini lah rupa warna air yang keluar dari paip!

.....Melayani Perasaan

....Jauhilah hamba dari bersifat tinggi diri,sombong,takbur dan riak. Aminn

.....Melayani Perasaan

Terasa kosong hati dan jiwa.....kerap?, sekali-sekala? Ada kalanya? Jarang?....ubatilah sebelum parah. Berbalik pada asas kehidupan...beriman,bertaqwa,bersabar,penuhi dada dengan pengajian ilmu, mengamal kehidupan yang baik...dan tidak sesekali melupakanNya.

ALL TIME FAVORITE

brunch.....kalau hidangan sebegini dah tak payah masak nasi lagi, tahan la sampai ke petang...dema takde lah mintak makan berat yang lain2 lagi.

Friday, October 14, 2011

JEM BUNS

sapuan yang comot, hehe. Lain kali saya akan ikut cara yang saya buat selalu, k.

yummy....jem aprikot, jem beli siap

siap gentel dan isi jem, sedia untuk masuk oven

Bun yang besa besa je tapi bila tengok dalam buku resepi ke, dalam blog ke ia semacam menarik perhatian. Masa blogwalk blog Technicolor Kitchen tengok tuan rumah buat bun jem ni, tergoda lah pulak hati ini nak membuat. Apatah lagi bahan2 perlu ada je.. Membuatnya memang mudah bagi sesiapa je yang dah tahu meroti. Jom tengok resepinya di bawah;

2 tsp active dry yeast
5 Tbsp caster sugar
3/4 C + 1 Tbsp (337 g) all-purpose-flour
3 Tbsp unsalted butter,melted
1 egg yolk
2 Tbsp heavy cream
icing sugar for dusting (optional)

Place yeast, 2 Tbsp sugar and milk in a large bowl and mix to combine. Set aside in a warm place for 5 mins/bubble appears.

Add flour,butter,yolk and remaining sugar to yeast mixture and mix till soft dough forms.

Knead on a lightly floured surface for 5 mins or until smooth and elastic, adding a little flour to the dough, place in a lightly oiled large bowl, cover with plastic and set aside in a warm place for 1 hour/doubled size.

Butter a large baking sheet. Divide dough into 16 pieces and roll into balls. Press out into circle of 12cm diameter and spoon 1 tsp jam into the centre. Carefully fold dough enclosed the filling and pinch to seal. Place pinched side down onto the baking sheets.

Using a sharp knife, make a small cut on the surface of each roll. Cover with clean tea towel and set aside in a warm place for it to raise.

Whisk together the yolk and double cream and brush over the buns. Bake for 15 - 20 mins/dark golden. Dust with icing sugar if u prefer.

Sesapa nak mencuba silakan...

....BERMALAS-MALASAN

Hari ini hamba nak bermalas-malasan sajer....namun tetap menyediakan roti jala untuk bersarapan dan roti leper arab untuk makan tengahari (akan disiarkan dalam posting yang ke depan)

Jom Minden, hari ni kita relaks-relaks, sat lagi lepas solat Jumaat kita keluar makan nasi kerabu di Yati Ayam Percik dan selepas itu ke Tesco...