Friday, April 22, 2011

AYAM KAMPUNG GORENG

Ayam lagii ye...tapi ayam ni takde saya menggorengnya..saje je nak tayang, suatu hari hujung minggu saya sekeluarga 'brunch' di kedai makan yang tak bernama tu, ingat tak dalam posting lama dulu..?...ayam kampung ni nampak je cam goreng biasa ....tapi bila makan ayamnya waduuh, ranggup semacam je..entah apa rencah yang diguna untuk memerap ayam2 ni..oleh kerana ia ayam kampung ketulnya kecik je lah walau seekor dipotong 4...selalunya kami kena order 8 ketul...tapi kalau ahli rumah full house, 8 ketul pun tak cukup, ye dak KK and si abang? Kalau bertambah ahli dalam keluarga, cuba KK kira berapa ketul kita perlu...? Nak pegi makan pun kena awal-awal...kalau lewat p, 'aloh kak, abih dohh, maghi semula deh..'

Air dalam botol si adik yang bawak, nak makan ubat setelah terkena food poisoning, teruk juga lah purging dan muntahnya.

2 comments:

  1. assalam ma'chiks...sedapnya nengok ayam kg tu...nieza lbh suka ayam kg dr ayam bandar..hehe tapi kalau kena ayam yg tua tu kena rebus lamala nk mkn tapi isi memang sedap lama dh tak mkn.

    ReplyDelete
  2. salam nieza, lama kita tak 'jumpa'...correction nieza, ayam kampung isi nya lembut, tulangnya keras..kalau ayam pencen baru nak kena rebus lama, dulu pun sya confused juga dgn 2 jenis ayam ni..ayam kampung harganya lagi tinggi berbanding ayam daging atau ayam pencen.

    ReplyDelete