Monday, April 25, 2011

SOMETHING HUMBLE FOR BREAKFAST

.....tapi sarapan yang sihat lol...nak ke anak-anak kita makanan seperti ini? Ni sarapan ma'chiks pada suatu pagi.

Isu bahasan makanan yang tidak sihat yang menyumbang pada obesiti kanak-kanak sekolah kini dan kantin2 sekolah yang tidak digalakkan?/diwajibkan tidak boleh menjual nasi lemak. kononnya faktor besar yang membuatkan kanak-kanak jadi obese...setakat sebungkus nasi lemak 50 sen (sekarang harga dah 80sen - RM1)...tapi banyak lagi makanan2 bergoreng yang dijual di sekolah2 seperti sosej goreng, nugget goreng, ayam goreng dan semua yang bergoreng chicken ball, fish, crab stick, keropok lekor semua ni adalah berkalori tinggi dan kanak-kanak amat mengemari makanan seperti ini.

Apa2 pun semua bermula dari rumah dan tabiat makan dan jenis pemakanan...what about pada hujung minggu, gaya hidup keluarga kini yang saban ber'outing' bersarapan, mewah-mewahan dengan roti canai,roti telor, nasi lemak, nasi kandaq, nasi berlauk. Panjang lagi senarai makanan. Jika ibu bapa tidak memasak, senang aje mengisi perut anak-anak dengan fast food, McD ada, KFC ada, A&W ada, Edlee Fried Chicken, UncleBob ada..di pasar2 malam apa yang tak ada makanan bergorengan yang dijual....

Jadi apa yang perlu dikawal di sekolah2 ialah makanan2 sampah atau junk food yang zero khasiat perlu diharam dijual sama sekali!

Dalam akhbar hari ini 26/4/11 (NST) dalam isu dan garis panduan makanan kantin sekolah...nasi lemak boleh dijual 2 kali seminggu sahaja, dibenarkan jual (hari2 kot) Nasi Goreng, Fried Kuey Teow dan Laksa...

Peniaga2 nasi lemak....siapa mereka? Pembekal2 kuey teow... siapa mereka?

Bukan kah bihun goreng lebih baik dari kuey teow goreng?...kalau tidak jangan bergorengan sama sekali...buat sup2 saja > mee, kuey teow, bihun...

Nasi Lemak, Nasi Goreng dan Kuey teow goreng > beza sangat ke dari segi kandungan kalori? Pandangan peribadi saya, nasi lemak lebih baik kalori berbanding kuey teow goreng..Laksa pula, kalau laksa utara memang tiada bahas lah tapi laksa lemak, laksa negeri pantai timur dan Johor, bagaimana?

Sepatutnya lebih perihatin apa yang anak-anak kita makan di luar sekolah...dan minuman berkarbonated sangat menjadi minuman kegemaran anak2 kita..bukan kah minuman ini juga penyumbang besar pada obesiti?...kalau musim perayaan (hari raya dan perayaan lain2) tengok je lah orang2 kita yang membeli berkotak-kotak, berbotol2 atau bertin2 minuman bergas bagi dihidang pada tetamu...

No comments:

Post a Comment