Monday, October 31, 2011

SPAGETI, BEBOLA AYAM, SOS PASTA

Slurrrpp tapi bukan mee segera....sesekali tukar selera makan tengahari

spageti

Sos pasta buatan sendiri......bawang besar dipotong kiub, ditumiskan. Sos saya guna pasta sos Kimball dan campur sedikit tomato puree. Tumiskan sekali bersama bawang kiub tadi, pastu masukan air rebusan bebola ayam, tambah air lagi jika ingin kuah lebih, sedikit lada hitam. Untuk memekatkan saya masuk 100ml whipped Cream...juga potongan kiub buah tomato segar. Seimbangkan rasa2 yang sepatut dirasai - masin,masam dsbnya...Sukatan saya agak2 je sesuai dan cukup untuk saya 4 beranak

Bebola ayam - saya gunakan ayam kisar jenama Ramly dicampur secukup tepung jagung, stok ayam kiub Knorr, sedikit biji sagu, pastu sedikit garam dan lada hitam tumbuk. Gaul serata sebati......sementara itu didih air, gentel bahan2 tadi sebesar mana yang kita mahu dan masuk ke dalam air didih. Udah timbul angkat camna kes buah melaka/onde-onde

Saya cincang sedikit daun parsely dan masukan dalam bahan bebola ayam

No comments:

Post a Comment